Pages

Sunday 30 December 2012

Ketahuilah..Wanita itu Adalah Aurat



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus,

"Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai 
hijab yang  menutup wajahnya memandangkan kebanyakan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.."

"Kelemahan wanita itu adalah pada auratnya. 
Kelemahan lelaki itu pada syahwatnya."

Maka, oleh kerana itulah dalam Surah an-Nur, Allah memerintahkan agar rijal (lelaki) untuk menjaga pandangannya. Tidak lupa juga, pesanan Allah buat nisa' (wanita) agar memelihara auratnya.

"Katakanlah kepada orang-orang mu'min (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mu'minah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka." (Surah An-Nur : ayat 30 dan 31)

Dan tidak bermakna wanita tidak perlu menjaga pandangannya. 
Cuma, suruhan ini ditegaskan Allah kepada golongan rijal dahulu, 
dek kerana kelemahannya itu. 

SubhanAllah !!
Maha Bijaksana nya Allah itu, Dia tahu apa kekurangan dan kelebihan makhluk-Nya. 
Maka, Dia membekalkan makhluk-Nya keperluan dan kepentingan yang perlu dilakukan agar makhluk-Nya dapat mengatasi kelemahan tersebut. 

Cuma, bergantunglah kepada kita semua sama ada mahu mematuhi 
ajaran-Nya ataupun tidak.



Photo: ✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Ustaz Azhar Idrus

Keep istiqomah with our purdah ya akhwati fillah....^_^♥



Oleh itu, wahai wanita di luar sana...
Ketahuilah bahawa,

"Sesungguhnya WANITA ITU ADALAH AURAT, maka jika dia keluar dari rumahnya, syaitan akan mengikutinya (menghiasinya agar menjadi FITNAH bagi lelaki), dan keadaannya yang paling dekat dengan Rabbnya (ALLAH) adalah ketika dia berada di dalam rumahnya." (HR Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah, & ath-Thabrani)


Keep istiqomah with our niqab ya akhwati fillah... (^_^) 









2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat".
    Sesungguhnya ini adalah satu hadis mauquf; ertinya ia adalah kata-kata sahabat. Dan riwayat Ibn Hibban ini adalah bicara seorang sahabi, Ibnu Mas'ud Radiyallahu. Hatta Wanita adalah aurat. Apabila wanita muncul pada awam, syaitan akan mengikutinya membawa suatu fitnah bersamanya, bersama satu bisikan "Lihatlah aku!". Lalu syaitan akan berbicara kepada telinga nafsu ammarah al-bisu para rijal, "Alangkah manisnya nisa' ini."

    Daripada Usama bin Zaid radiyallahuanhu berkata: Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda; "Tidak aku tinggalkan selepasku satu fitnah (ujian) yang lebih berat kepada lelaki selain daripada wanita." (Riwayat al-Bukhari)

    Maka, aurat itu bukan semata pada jasad dan tubuh semata. Tapi kehormatan wanita.

    Allah Azzawajalla berfirman: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang terlarang), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (Surah an-Nur : 31)

    Dengan itu, tidak cukup niqab untuk melindungi kehormatan diri pada zaman kini. Laman-laman media seperti facebook, wechat, blog tidak cukup untuk wanita mengatakan ia menurup aurat pada ghaibnya. Naudzubillah.

    SubhanaKa la 'ilma lana illa ma 'alam tana innaKa Antal 'Alimul Hakim.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...