Pages

Tuesday 12 February 2013

Ikhtilat Muslimah Acuan Al-Qur'an



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Ikhtilat ? 
Ya, pada topik kali ini saya ingin menyentuh soal ikhtilat

Apa itu ikhtilat ?
Dalam bahasa melayunya, ikhtilat  bererti 'pergaulan'. 

Entri bertajuk Ikhtilat Muslimah Acuan Al-Qur'an kali ini mempersembah khas mengenai bagaimana cara pergaulan muslimah (wanita islam) yang betul, yang sebenar-benarnya menepati syara' yang dianjurkan dalam islam, seperti yang tercatat jelas kita dapat lihat dalam al-Quran al-Karim qalamullah.  

Dalam Surah al-Qasas: (Ayat 23-25), Allah berfirman yang bermaksud:

Dan ketika dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu membawa pulang (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya."

"Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku."

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya (Syu'aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syu'aib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang yang zalim itu."




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Berdasarkan ayat Surah al-Qasas, telah dicatatkan dalam tafsir kisahnya bahawa,

Nabi Musa sebenarnya sedang dalam perjalanan meninggalkan istana (sebagai anak angkat Fir'aun), apabila diketahui bahawa tentera Firaun sedang mengadakan pakatan untuk membunuh baginda (setelah berlakunya satu peristiwa gempar). 

Lalu, baginda pun terus menuju ke negeri Madyan. Apabila tiba sahaja di negeri Madyan, baginda berhenti seketika dan ternampak sebuah telaga air. Di telaga air itu pula, terdapat sekumpulan penggembala (kaum lelaki) yang sedang memberi minum binatang ternakan mereka. 

Tidak terlalu jauh daripada kumpulan pengembala itu pula, baginda dapati terdapat dua orang wanita yang kelihatan mereka sedang menghambat binatang ternakan. 

Baginda pun pergi bertanyakan tujuan mereka berdua. Mereka mengatakan bahawa, mereka sedang menunggu penggembala-penggembala tersebut selesai memberi minum binatang ternakan. Mereka (dua beradik) tidak dapat memberi minum binatang ternakan mereka, selagi sekumpulan penggembala tersebut masih lagi belum beredar daripada telaga air tersebut. 

Mereka juga beritahu bahawa, mereka melakukan kerja menggembala binatang ternakan (kerja kaum lelaki) kerana ayah mereka telahpun lanjut usia dan sudah tidak mampu lagi untuk bekerja.

Mendengar keluhan dua wanita tersebut, lalu nabi Musa menghulurkan bantuan dengan membantu memberi minum binatang ternakan mereka. Kemudian, nabi Musa berdoa dan mengadu kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang amat diperlukannya. 

Anak-anak nabi Syu'aib pun bersyukur dan pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah lebih awal dari biasanya, Nabi Syu'aib kehairanan dan bertanyakan kepada anaknya. Mereka pun menceritakan perihal seorang pemuda yang telah membantu memberi minum binatang ternakan mereka. 

Setelah daripada itu, baginda didatangi oleh salah seorang wanita tadi. Tujuan kedatangan tersebut membawa dan menyampaikan hajat ayahnya kepada Nabi Musa (mengundang ke rumah) sebagai balasan atas kebaikan baginda bantu memberi minum binatang ternakan.

Dikisahkan bahawa, semasa dalam perjalanan Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Syu'aib itu (berdua-duaan) menuju ke sana, Nabi Musa telah mengajarkan kepada wanita itu, satu cara yang sangat baik (agar tidak dipandang fitnah pada orang yang melihat). 

Cara ikhtilat atau pergaulan yang ditarbiyyah baginda ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu benar-benar mengangkat martabat kaum wanita, di samping membantu mengelakkan berlakunya fitnah.

Bagaimanakah caranya ? 
Nabi Musa memberitahu wanita itu bahawa baginda akan berjalan di hadapan, manakala wanita itu akan berjalan di belakang baginda (dengan jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh). Lalu, bagaimana pula baginda ingin mengetuai di hadapan, sedangkan baginda tidak tahu jalan yang ingin dituju ? 

Lalu baginda menyuruh wanita itu supaya melempar batu ke kanan, sekiranya perlu ke arah kanan. Dan begitu juga sebaliknya, dengan melemparkan batu ke kiri, sekiranya perlu belok ke arah kiri. 

(Ketika ini, Nabi Musa masih belum lagi mengetahui bahawa dirinya adalah seorang Rasul, dan baginda juga belum lagi mengetahui bahawa baginda sedang menuju ke rumah seorang  Rasul Allah, Nabi Syu'aib. Kerana mengikut kisah yang diriwayatkan, Nabi Musa mengetahui bahawa dirinya adalah seorang Rasul, ketika baginda dikurniakan wahyu dan mukjizat sebatang tongkat di Bukit Tursina, iaitu setelah baginda menikahi salah seorang daripada anak perempuan Nabi Syu'aib).




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ibrah (Pengajaran) Daripada Kisah Nabi Musa Dan Anak Nabi Syu'aib 

1) Anak-anak Nabi Syu'aib keluar menggembala binatang ternakan secara berdua

~ Islam memelihara dan sangat menjaga kaum wanita. Wanita tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dalam keadaan bersendirian. Oleh itu, wanita wajib sentiasa berteman walau ke mana mereka berada, sama ada berteman mahramnya ataupun keluar bertemankan wanita lain (asalkan tidak berseorangan). 

2) Anak-anak Nabi Syu'aib sanggup menambat binatang ternakan mereka berasingan jauh daripada penggembala tersebut, dan sabar menanti penggembala pulang

~ Melalui perlakuan ini, kita dapat lihat bahawa anak-anak perempuan Nabi Syu'aib menjaga dan memelihara adab pergaulan mereka, dengan menjauhkan diri mereka daripada bercampur dengan kaum lelaki ajnabi. Walaupun mereka perlu melakukan tugas penting (memberi minum ternakan), mereka sanggup menahan diri dan hanya sabar menanti lelaki-lelaki tersebut pulang. 

~ Bagi mereka, adab seseorang wanita itu lebih penting untuk dipelihara berbanding daripada kepentingan mempercepat pembesaran ternakan mereka. Hal ini terbukti bahawa mereka mempunyai akhlak yang terpelihara dan juga memiliki sifat malu yang sangat tinggi (dalam diri seseorang wanita). Kerna sifat malu seseorang wanita itu merupakan perhiasan yang sangat mahal dan tidak ternilai harganya.  

3) Anak-anak Nabi Syu'aib tidak memanjangkan perbualan dengan lelaki ajnabi (beramah mesra kena pada tempatnya)

~ Mereka menjawab seringkas yang boleh, apabila ditanyakan Nabi Musa perihal mereka menambat ternakan. Jawapan mereka cukup sekadar memberitahu bahawa mereka tidak dapat memberi minum ternakan (kerana keberadaan kaum lelaki di telaga tersebut) dan memberitahu perihal ayah mereka yang telah lanjut usia. 

~ Berbeza jika dibandingkan pula dengan wanita pada zaman mutaakhirin kini, perbualan akan menjadi lebih panjang walaupun perbualan dengan lelaki ajnabi. Andai situasi yang sama berlaku, soalan kebiasaannya akan mula bertanyakan nama, asal, dan lama kelamaan hubungan semakin rapat, menjadi kawan dan akhirnya bergelar 'kekasih'.

~ Tanpa kita sedari, kita sendiri telah memandang enteng dengan arahan Allah supaya menjauhi zina. Allah tidak melarang hambaNya daripada melakukan zina, tetapi Allah melarang kita daripada mendekati zina. Apakah perbezaannya kedua-dua istilah ini? Jawapannya ialah Allah mengajar kita bahawa Prevent Is Better Than Cure.

~ Mungkin terdapat pembaca yang masih lagi kabur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada (fitnah) perempuan." Apakah maksud Rasulullah ini? Dengan kata lain, di mana ada perempuan, di situlah boleh menimbulkan fitnah bagi kaum lelaki. Kerana pada perempuan itu sendiri terdapat pelbagai bentuk fitnah. Perbicaraan mengenai ini boleh jadi lebih panjang lagi, tapi cukuplah saya kabarkan mainpoint.




~ Wanita ! Walaupun wanita itu seorang yang berjubah dan berpurdah pun, tetap dia adalah fitnah bagi kaum lelaki. Dari sudut pemakaian yang tertutup litup sahaja pun masih belum cukup untuk mengangkat nilai martabat seseorang wanita itu, kerna haruslah disertai juga dengan adab perlakuan dan akhlak yang wajib dipelihara. 

~ Allah telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab (Ayat 33) yang bermaksud  "Tetaplah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dulu". Maka, semakin tetap dan diam seseorang wanita itu di rumahnya, semakin terpeliharalah dirinya daripada fitnah. 

~ Secara adatnya, perhiasan yang begitu bernilai itu adalah lebih indah jika disorokkan daripada tatapan orang ramai. Begitu jugalah dengan wanita. Wanita perlu 'menyorokkan' dirinya daripada lelaki. Seorang bapa itu bertanggungjawab 'menyorokkan' anak perempuannya daripada menjadi 'terlalu terdedah untuk ditatap'. 

~ Dengan kata lain, andai seorang bapa itu dapat 'merahsiakan' atau 'menyimpan' anak perempuannya lebih lama berada di rumah, bapa itu adalah seorang bapa yang baik (Keluar rumah hanya jika berkepentingan sahaja). Sampaikan orang lain pun tidak tahu bahawa dia mempunyai anak perempuan. 

~ Dan, kerana itulah Allah menyuruh kaum perempuan tetap di rumah mereka. Janganlah kita meniru perlakuan wanita zaman jahiliyah dahulu yang sering berada di luar rumah mereka dan menzahirkan perhiasan-perhiasan mereka. Fahamilah dan hadamlah qalamullah itu sebaik-baiknya. Insyaallah, untuk amalan bersama. 



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Subhanallah ! 
Alangkah indahnya sebuah ikhtilat  yang terjaga itu. 

Tidak perlu emas ataupun batu permata untuk mengangkat nilai martabat seseorang wanita itu dalam islam. Dan, tidak perlu juga menampakkan begitu bernilainya seseorang wanita itu dengan menghiasi emas, permata, intan dan berlian pada dirinya. 

Tetapi, cukuplah sekadar seseorang wanita itu mempunyai sifat malu yang tinggi dan pergaulan yang terjaga apabila berhadapan dengan kaum lelaki ajnabi (lelaki yang bukan mahram). Tanpa disedarinya, seseorang wanita itu telah mengangkat martabat dirinya sebagai seorang wanita dengan sifat malu yang dikekalkan dalam dirinya. 

Sekiranya semakin hilang nilai malu pada seseorang wanita itu, maka semakin hilanglah nilai martabat pada dirinya. Oleh kerana itulah, Islam sangat memelihara dan sangat mengangkat martabat kaum wanita. 

Akhir qalam, "Yang tertutup itu lebih cantik dan indah".







Tuesday 22 January 2013

The Muslimah, Diamonds of Islam



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Why do you cover your head ?
well I dunno... I started losing all my hair...

If I came to your house... and I asked you..
Can I see your diamonds ?
Can I see your money ?
Can I see your jewels ?
Can I have your Pin Number ?
you wouldnt give it to me...
and you wouldnt have it in front of me

well our women, our wives, mothers, daughters
they are worth more to us, they are more precious to us
than our diamonds, our gold and our pin number...

there is no one on this earth, more beautiful than a Muslim woman
theres no one who comes close to that...
who is a servant of Allah, who dresses to please Allah...

this woman, when she looks in the mirror,
she makes sure she's dressed appropriately...
make sure that Allah is pleased with her, 
makes sure she's covered, so when she goes out in the street...
then she's covered, to please Allah (swt)

If she does that, she's beautiful...
the more you grow...
the more you study...
the more imaan you have...
the more you become, disattracted to some of the things..
of the dunya (worldly life) you dont like what you used to do !

I have Quran in my heart, I have the love of the Prophet (saw)
I have the love of Allah (swt) I have something in me...
and Im now different , I feel different...

I warned you, those of you who still like the dunya... (more than hereafter)
and you dont make a distinction,
then Imaan is not written in your heart...

Be careful...







Monday 14 January 2013

Cinta Agungku


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Qatrunnada - Cinta Agung


Ya Allah Engkau Tuhanku..
Tiada Tuhan melainkan Engkau..
Engkau Cinta Agungku..
Nabi Muhammad Pesuruh-Mu..

Ya Allah Engkau Sumber bahagia..
Engkau sumber keselamatan..
Ya Allah Engkau sumber keamanan..
Engkau adalah segalanya..

Ya Allah Engkaulah pelindungku..
Engkaulah sumber rezekiku..
Di waktu sakit Kau sembuhkan..
Di waktu lapar Kau beri makan..

Ya Allah Engkau cinta agungku..
Cintaku haraplah dibalas..
Ya Allah Engkau cinta agungku..
Janganlah cintaku tidak dibalas..

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan..
Pimpinlah aku ke jalan yang benar..
Kepada Engkaulah harapanku..
Janganlah hampakan perasaanku..

(Cinta Agung : Qatrunnada)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Antara penghalwa telinga, yang bukan sekadar kosong.
Tetapi mengajak kita membersihkan hati kembali kepada-Nya.

Andai dapat dimainkan untuk didengari setiap manusia di dunia ini.
Alangkah indahnya.

Sebuah alunan yang dapat bantu (dengan izin Allah) memperbetulkan semula pegangan aqidah manusia hari ini yang rata-ratanya telah tersangkut pada godaan dunia, 
yang hanya indah kabar dari rupa.. 

Dunia hari ini..

Seolah-olah wang sebagai sumber kebahagiaan..
Tetapi wanglah sumber ketamakan hati manusia yang terlalu cintakan dunia..

Ya, dunia ! 
Dunia yang tiada nilainya di sisi orang-orang yang bertaqwa.
Hakikatnya, Allah lah sumber kebahagian tersebut..

Hakikatnya Allah lah sumber rezeki, sumber keamanan, sumber keselamatan, 
dan sumber segala-galanya bagi manusia, hamba Allah..

Bukan doktor, ubat ataupun jururawat..
Tetapi ALLAH lah penyembuh segala penyakit, di kala kita sakit..

Wallahua'lam..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...