Pages

Tuesday 12 February 2013

Ikhtilat Muslimah Acuan Al-Qur'an



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Ikhtilat ? 
Ya, pada topik kali ini saya ingin menyentuh soal ikhtilat

Apa itu ikhtilat ?
Dalam bahasa melayunya, ikhtilat  bererti 'pergaulan'. 

Entri bertajuk Ikhtilat Muslimah Acuan Al-Qur'an kali ini mempersembah khas mengenai bagaimana cara pergaulan muslimah (wanita islam) yang betul, yang sebenar-benarnya menepati syara' yang dianjurkan dalam islam, seperti yang tercatat jelas kita dapat lihat dalam al-Quran al-Karim qalamullah.  

Dalam Surah al-Qasas: (Ayat 23-25), Allah berfirman yang bermaksud:

Dan ketika dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu membawa pulang (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya."

"Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku."

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya (Syu'aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syu'aib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang yang zalim itu."




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Berdasarkan ayat Surah al-Qasas, telah dicatatkan dalam tafsir kisahnya bahawa,

Nabi Musa sebenarnya sedang dalam perjalanan meninggalkan istana (sebagai anak angkat Fir'aun), apabila diketahui bahawa tentera Firaun sedang mengadakan pakatan untuk membunuh baginda (setelah berlakunya satu peristiwa gempar). 

Lalu, baginda pun terus menuju ke negeri Madyan. Apabila tiba sahaja di negeri Madyan, baginda berhenti seketika dan ternampak sebuah telaga air. Di telaga air itu pula, terdapat sekumpulan penggembala (kaum lelaki) yang sedang memberi minum binatang ternakan mereka. 

Tidak terlalu jauh daripada kumpulan pengembala itu pula, baginda dapati terdapat dua orang wanita yang kelihatan mereka sedang menghambat binatang ternakan. 

Baginda pun pergi bertanyakan tujuan mereka berdua. Mereka mengatakan bahawa, mereka sedang menunggu penggembala-penggembala tersebut selesai memberi minum binatang ternakan. Mereka (dua beradik) tidak dapat memberi minum binatang ternakan mereka, selagi sekumpulan penggembala tersebut masih lagi belum beredar daripada telaga air tersebut. 

Mereka juga beritahu bahawa, mereka melakukan kerja menggembala binatang ternakan (kerja kaum lelaki) kerana ayah mereka telahpun lanjut usia dan sudah tidak mampu lagi untuk bekerja.

Mendengar keluhan dua wanita tersebut, lalu nabi Musa menghulurkan bantuan dengan membantu memberi minum binatang ternakan mereka. Kemudian, nabi Musa berdoa dan mengadu kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang amat diperlukannya. 

Anak-anak nabi Syu'aib pun bersyukur dan pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah lebih awal dari biasanya, Nabi Syu'aib kehairanan dan bertanyakan kepada anaknya. Mereka pun menceritakan perihal seorang pemuda yang telah membantu memberi minum binatang ternakan mereka. 

Setelah daripada itu, baginda didatangi oleh salah seorang wanita tadi. Tujuan kedatangan tersebut membawa dan menyampaikan hajat ayahnya kepada Nabi Musa (mengundang ke rumah) sebagai balasan atas kebaikan baginda bantu memberi minum binatang ternakan.

Dikisahkan bahawa, semasa dalam perjalanan Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Syu'aib itu (berdua-duaan) menuju ke sana, Nabi Musa telah mengajarkan kepada wanita itu, satu cara yang sangat baik (agar tidak dipandang fitnah pada orang yang melihat). 

Cara ikhtilat atau pergaulan yang ditarbiyyah baginda ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu benar-benar mengangkat martabat kaum wanita, di samping membantu mengelakkan berlakunya fitnah.

Bagaimanakah caranya ? 
Nabi Musa memberitahu wanita itu bahawa baginda akan berjalan di hadapan, manakala wanita itu akan berjalan di belakang baginda (dengan jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh). Lalu, bagaimana pula baginda ingin mengetuai di hadapan, sedangkan baginda tidak tahu jalan yang ingin dituju ? 

Lalu baginda menyuruh wanita itu supaya melempar batu ke kanan, sekiranya perlu ke arah kanan. Dan begitu juga sebaliknya, dengan melemparkan batu ke kiri, sekiranya perlu belok ke arah kiri. 

(Ketika ini, Nabi Musa masih belum lagi mengetahui bahawa dirinya adalah seorang Rasul, dan baginda juga belum lagi mengetahui bahawa baginda sedang menuju ke rumah seorang  Rasul Allah, Nabi Syu'aib. Kerana mengikut kisah yang diriwayatkan, Nabi Musa mengetahui bahawa dirinya adalah seorang Rasul, ketika baginda dikurniakan wahyu dan mukjizat sebatang tongkat di Bukit Tursina, iaitu setelah baginda menikahi salah seorang daripada anak perempuan Nabi Syu'aib).




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ibrah (Pengajaran) Daripada Kisah Nabi Musa Dan Anak Nabi Syu'aib 

1) Anak-anak Nabi Syu'aib keluar menggembala binatang ternakan secara berdua

~ Islam memelihara dan sangat menjaga kaum wanita. Wanita tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dalam keadaan bersendirian. Oleh itu, wanita wajib sentiasa berteman walau ke mana mereka berada, sama ada berteman mahramnya ataupun keluar bertemankan wanita lain (asalkan tidak berseorangan). 

2) Anak-anak Nabi Syu'aib sanggup menambat binatang ternakan mereka berasingan jauh daripada penggembala tersebut, dan sabar menanti penggembala pulang

~ Melalui perlakuan ini, kita dapat lihat bahawa anak-anak perempuan Nabi Syu'aib menjaga dan memelihara adab pergaulan mereka, dengan menjauhkan diri mereka daripada bercampur dengan kaum lelaki ajnabi. Walaupun mereka perlu melakukan tugas penting (memberi minum ternakan), mereka sanggup menahan diri dan hanya sabar menanti lelaki-lelaki tersebut pulang. 

~ Bagi mereka, adab seseorang wanita itu lebih penting untuk dipelihara berbanding daripada kepentingan mempercepat pembesaran ternakan mereka. Hal ini terbukti bahawa mereka mempunyai akhlak yang terpelihara dan juga memiliki sifat malu yang sangat tinggi (dalam diri seseorang wanita). Kerna sifat malu seseorang wanita itu merupakan perhiasan yang sangat mahal dan tidak ternilai harganya.  

3) Anak-anak Nabi Syu'aib tidak memanjangkan perbualan dengan lelaki ajnabi (beramah mesra kena pada tempatnya)

~ Mereka menjawab seringkas yang boleh, apabila ditanyakan Nabi Musa perihal mereka menambat ternakan. Jawapan mereka cukup sekadar memberitahu bahawa mereka tidak dapat memberi minum ternakan (kerana keberadaan kaum lelaki di telaga tersebut) dan memberitahu perihal ayah mereka yang telah lanjut usia. 

~ Berbeza jika dibandingkan pula dengan wanita pada zaman mutaakhirin kini, perbualan akan menjadi lebih panjang walaupun perbualan dengan lelaki ajnabi. Andai situasi yang sama berlaku, soalan kebiasaannya akan mula bertanyakan nama, asal, dan lama kelamaan hubungan semakin rapat, menjadi kawan dan akhirnya bergelar 'kekasih'.

~ Tanpa kita sedari, kita sendiri telah memandang enteng dengan arahan Allah supaya menjauhi zina. Allah tidak melarang hambaNya daripada melakukan zina, tetapi Allah melarang kita daripada mendekati zina. Apakah perbezaannya kedua-dua istilah ini? Jawapannya ialah Allah mengajar kita bahawa Prevent Is Better Than Cure.

~ Mungkin terdapat pembaca yang masih lagi kabur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada (fitnah) perempuan." Apakah maksud Rasulullah ini? Dengan kata lain, di mana ada perempuan, di situlah boleh menimbulkan fitnah bagi kaum lelaki. Kerana pada perempuan itu sendiri terdapat pelbagai bentuk fitnah. Perbicaraan mengenai ini boleh jadi lebih panjang lagi, tapi cukuplah saya kabarkan mainpoint.




~ Wanita ! Walaupun wanita itu seorang yang berjubah dan berpurdah pun, tetap dia adalah fitnah bagi kaum lelaki. Dari sudut pemakaian yang tertutup litup sahaja pun masih belum cukup untuk mengangkat nilai martabat seseorang wanita itu, kerna haruslah disertai juga dengan adab perlakuan dan akhlak yang wajib dipelihara. 

~ Allah telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab (Ayat 33) yang bermaksud  "Tetaplah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dulu". Maka, semakin tetap dan diam seseorang wanita itu di rumahnya, semakin terpeliharalah dirinya daripada fitnah. 

~ Secara adatnya, perhiasan yang begitu bernilai itu adalah lebih indah jika disorokkan daripada tatapan orang ramai. Begitu jugalah dengan wanita. Wanita perlu 'menyorokkan' dirinya daripada lelaki. Seorang bapa itu bertanggungjawab 'menyorokkan' anak perempuannya daripada menjadi 'terlalu terdedah untuk ditatap'. 

~ Dengan kata lain, andai seorang bapa itu dapat 'merahsiakan' atau 'menyimpan' anak perempuannya lebih lama berada di rumah, bapa itu adalah seorang bapa yang baik (Keluar rumah hanya jika berkepentingan sahaja). Sampaikan orang lain pun tidak tahu bahawa dia mempunyai anak perempuan. 

~ Dan, kerana itulah Allah menyuruh kaum perempuan tetap di rumah mereka. Janganlah kita meniru perlakuan wanita zaman jahiliyah dahulu yang sering berada di luar rumah mereka dan menzahirkan perhiasan-perhiasan mereka. Fahamilah dan hadamlah qalamullah itu sebaik-baiknya. Insyaallah, untuk amalan bersama. 



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Subhanallah ! 
Alangkah indahnya sebuah ikhtilat  yang terjaga itu. 

Tidak perlu emas ataupun batu permata untuk mengangkat nilai martabat seseorang wanita itu dalam islam. Dan, tidak perlu juga menampakkan begitu bernilainya seseorang wanita itu dengan menghiasi emas, permata, intan dan berlian pada dirinya. 

Tetapi, cukuplah sekadar seseorang wanita itu mempunyai sifat malu yang tinggi dan pergaulan yang terjaga apabila berhadapan dengan kaum lelaki ajnabi (lelaki yang bukan mahram). Tanpa disedarinya, seseorang wanita itu telah mengangkat martabat dirinya sebagai seorang wanita dengan sifat malu yang dikekalkan dalam dirinya. 

Sekiranya semakin hilang nilai malu pada seseorang wanita itu, maka semakin hilanglah nilai martabat pada dirinya. Oleh kerana itulah, Islam sangat memelihara dan sangat mengangkat martabat kaum wanita. 

Akhir qalam, "Yang tertutup itu lebih cantik dan indah".







Tuesday 22 January 2013

The Muslimah, Diamonds of Islam



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Why do you cover your head ?
well I dunno... I started losing all my hair...

If I came to your house... and I asked you..
Can I see your diamonds ?
Can I see your money ?
Can I see your jewels ?
Can I have your Pin Number ?
you wouldnt give it to me...
and you wouldnt have it in front of me

well our women, our wives, mothers, daughters
they are worth more to us, they are more precious to us
than our diamonds, our gold and our pin number...

there is no one on this earth, more beautiful than a Muslim woman
theres no one who comes close to that...
who is a servant of Allah, who dresses to please Allah...

this woman, when she looks in the mirror,
she makes sure she's dressed appropriately...
make sure that Allah is pleased with her, 
makes sure she's covered, so when she goes out in the street...
then she's covered, to please Allah (swt)

If she does that, she's beautiful...
the more you grow...
the more you study...
the more imaan you have...
the more you become, disattracted to some of the things..
of the dunya (worldly life) you dont like what you used to do !

I have Quran in my heart, I have the love of the Prophet (saw)
I have the love of Allah (swt) I have something in me...
and Im now different , I feel different...

I warned you, those of you who still like the dunya... (more than hereafter)
and you dont make a distinction,
then Imaan is not written in your heart...

Be careful...







Monday 14 January 2013

Cinta Agungku


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Qatrunnada - Cinta Agung


Ya Allah Engkau Tuhanku..
Tiada Tuhan melainkan Engkau..
Engkau Cinta Agungku..
Nabi Muhammad Pesuruh-Mu..

Ya Allah Engkau Sumber bahagia..
Engkau sumber keselamatan..
Ya Allah Engkau sumber keamanan..
Engkau adalah segalanya..

Ya Allah Engkaulah pelindungku..
Engkaulah sumber rezekiku..
Di waktu sakit Kau sembuhkan..
Di waktu lapar Kau beri makan..

Ya Allah Engkau cinta agungku..
Cintaku haraplah dibalas..
Ya Allah Engkau cinta agungku..
Janganlah cintaku tidak dibalas..

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan..
Pimpinlah aku ke jalan yang benar..
Kepada Engkaulah harapanku..
Janganlah hampakan perasaanku..

(Cinta Agung : Qatrunnada)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Antara penghalwa telinga, yang bukan sekadar kosong.
Tetapi mengajak kita membersihkan hati kembali kepada-Nya.

Andai dapat dimainkan untuk didengari setiap manusia di dunia ini.
Alangkah indahnya.

Sebuah alunan yang dapat bantu (dengan izin Allah) memperbetulkan semula pegangan aqidah manusia hari ini yang rata-ratanya telah tersangkut pada godaan dunia, 
yang hanya indah kabar dari rupa.. 

Dunia hari ini..

Seolah-olah wang sebagai sumber kebahagiaan..
Tetapi wanglah sumber ketamakan hati manusia yang terlalu cintakan dunia..

Ya, dunia ! 
Dunia yang tiada nilainya di sisi orang-orang yang bertaqwa.
Hakikatnya, Allah lah sumber kebahagian tersebut..

Hakikatnya Allah lah sumber rezeki, sumber keamanan, sumber keselamatan, 
dan sumber segala-galanya bagi manusia, hamba Allah..

Bukan doktor, ubat ataupun jururawat..
Tetapi ALLAH lah penyembuh segala penyakit, di kala kita sakit..

Wallahua'lam..






Input Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus (Kitab Ta'limul Awlad)



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Ustaz Azhar Idrus- Azab Api Neraka [PART 1]

Antara Input :~

Sabda Rasulullah s.a.w., "Syurga itu dipagar oleh perkara-perkara yang kita tidak suka. Neraka itu dipagar perkara-perkara yang nafsu suka."

- Neraka itu dipagar oleh syahwat
- Adanya makanan dan minuman dalam neraka
- Setelah 70,000 tahun panggilan ahli neraka tidak dijawab oleh Malaikat Malik, maka mengadulah mereka kepada Allah Ta'ala
- Hamim (air istimewa untuk ahli neraka)
- Zaqum (pokok yang tumbuh hidup dalam neraka Allah)

"Tidak akan redha yahudi Nasoro sehingga kamu ikut seperti mereka."

"Sesungguhnya pohon zaqum itu akan menjadi hidangan kepada orang-orang yang berdosa dalam kehidupan dunia."

Hadis Rasulullah s.a..w., 
"Kalaulah buah zaqum itu dipotong sedikit, kemudian diletakkan di dunia, nescaya akan binasa dunia ini dan segala kehidupan, dan manusia semua itu mati kerana panasnya buah zaqum, maka betapa pula mereka yang akan makan di akhirat nanti." (Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Kata Imam Syafie, "Aku tak layak masuk syurga Allah."







Saturday 12 January 2013

Madah Muqaddimah




بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم





Dunia ini ibarat pentas lakonan..

Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya..

Al-Qur'an dan as-sunnah itulah skripnya..

Malaikat itulah jurugambarnya..

Islam itu jalan ceritanya..



Kiamat itulah kesudahan pengambaran..

Padang Mahsyar tempat penganugerahannya..

Rasulullahi Sallahu 'alaihi Wasallam adalah penerima anugerah terbaiknya..

Allah Subhanallahu Ta'ala adalah hakimnya..

Syurga atau neraka adalah trofinya..



(oleh : Ustaz Akhil Hayy)







Friday 11 January 2013

Maafkan akak deq...


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



"Assalamualaikum makcik, tumpang tanya, wad 2 kat mana ye?" 
soalan pertama ku ajukan kepada seorang makcik pengawal pintu aras, 
sebaik sahaja melepasi pintu aras 1.

"Budak perempuan yang baru lepas accident tu ke, deq?"

"Aah ye, makcik."

"Kat sebelah kiri."

"Oh ok. Terima kasih, makcik."

Makcik mengangguk dan tersenyum tanda membalas terima kasih ku.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Tumpang tanya, wad no 2 kat sini ke?"

"Untuk sakit apa?"

"Pesakit yang baru lepas accident. Nama dia Azizue Hasnie."

"Lelaki ke?"

"Tak tak. Perempuan."

"Kat sini wad untuk kanak-kanak bawah 12 tahun je deq. 
Cuba adeq tengok kat sebelah sana."

"Aik ! Tadi bukan makcik tadi bagi tau sebelah kiri? Makcik tu tersilap kot agaknya." Getus hati kecil ku.

Sambil berjalan, mataku liar mencari bilik yang tertulis angka 2. Jalan dan jalan dan jalan. Tiba-tiba kakiku terhenti di hadapan sebuah bilik yang tertulis "Bilik 2". 

Sekilas pandang, ternampak seperti seorang perempuan yang sedang terbaring. Dan kelihatan pula seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk di bahagian hujung kaki katil itu. 

Aku pun memberanikan diri masuk ke bilik itu, dalam keadaan kurang pasti, entah ya entah tidak, ini orang ku cari.

Wajahnya semakin hampir dan hampir dalam pandanganku.

Dan...

"Betullah dia orangnya ! Aku tak salah kali ni.." monolog hati kecil ini.

Aku pun bersalaman lantas terus ku genggam tangannya.

"Kak nami ni, zue."

Dia hanya memandang dua biji mataku yang satu-satunya kelihatan, untuk dikenalpasti.
Aku tidak terlalu mengharapkan respon daripadanya kerana faham sudah dengan kondisinya.

Tiba-tiba, baru ku perasan. 

Rupa-rupanya ada orang lain yang sedang menilik keratan akhbar, di balik kain langsir itu.
Wajahnya nampak tenang je.

"Ayah ke ni, zue?"

"Haah.." Zizue tetap bersuara walaupun dia masih lagi bisa menahan pedih kesakitan.

"Assalamualaikum, pakcik." sapaku tersenyum.

"Waalaikumussalam." Jawab pakcik sambil membalas senyumanku.

"Adik ni sapa nama?"

"Tasya." 

"Tak gi sekolah?" 

"Tak"

Tasya, adik kepada zizue. Sungguhpun sudah berada di Tahun 5, badannya yang kecil itu menyebabkan aku menyangkakan dia baru berusia 5 tahun. Tidak lama kemudian, keluar pula seorang wanita dari satu-satunya tandas di bilik itu.

"Err..ini maknya azizue, ataupun orang yang menumpang tandas bilik ini?" soal hatiku.

"Zue, ni mak ke?" Zizue sekadar mengangguk perlahan tanda ya.

"Makcik.." sapaku sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Makcik pun menyambut tanganku dan tersenyum.

"Dari mana ni?"

"Saya dari melaka je, makcik. Orang melaka. Ni baru balik dari kampus. Ada exam tadi."

"Oh, datang dengan siapa?"

"Saya sorang diri je."

Perbualan kami pun bermula lah di situ.

Walaupun bersendirian, aku tetap teruskan niatku untuk menziarahi zizue seperti yang telah dirancangkan semalam. Demi ukhuwwah yang terjalin kerana Allah, aku tawakkal kepadaNya. Pada awalnya, hendak ke sini berteman, tapi disebabkan sahabat-sahabat yang lain dah pun melawat zizue, maka terpaksalah aku berseorangan.

Tapi, rupa-rupanya aku tak sendirian. Tak lama selepas itu, zu lagi satu pun sampai. Zuraidah, sahabat ku datang bersama dengan beberapa orang lagi.. Alhamdulillah, aku tidak sendirian..


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Kak nami, takpe, bagus, kite boleh kurus. Sebulan tak makan."

Antara kata-kata yang paling mencuit hatiku bila mengenangkan semula.

Zizue zizue..
Dalam sakitnya tu pun, sempat lagi dia nak mengajakku gelak bersama.

Saat ini, dia cuba memberi respon saat aku bertanyakan kepada makcik tentang pemakanannya, dengan keadaan yang sedang sakit sekarang ini.

Kata makcik, "Bubur je lah yang dia boleh makan."

Aku tersenyum kerana sudah mengagak pun makanannya.

"Makcik sampai sini dah lama ke ?"

"Baru pagi tadi. Pukul 8. Pakcik bertolak maghrib semalam dari terrengganu. 
Pagi ni baru sampai."

"Makcik nak bawak dia balik terengganu. Tukarkan kat hospital sana je senang sikit. Hari selasa atau rabu depan dia nak operate rahang yang pecah tu."

Uihh.. bisanya dengar..

"Dia ada paper lagi kan makcik?"

"Ada 3 paper lagi tu. Kan long?"

Zizue menunjukkan 3 jari tangan kanannya.

"Hepa kata exam dia ditangguhkan dulu."

"Oh, orang hepa dah datang dah."

"Dah."

"Makcik, makcik tau tak diorang sewa kereta kat mana?"

"Tak tau lah makcik."

Suasana senyap seketika.

"Ayah dia, dapat tau je, terus tak dapat tidur."

"Makcik ni, tak terkeluar air mata. Tak dapat nak menangis pun.Tapi, kat sini makcik dapat rasa." kata makcik sambil menunjukkan bahagian bawah dagunya.

"Bila malam, zizue dapat tidur ke makcik?"

"Tidur lelap mata gitu je lah. Tak dapat nak lelap betul..
Kawan dia, Hajar ada kat ICU atas. Kejap lagi nak gi operate dah."

"Oh, kat atas. Betul-betul atas aras ni ke makcik? Saya memang nak gi lawat hajar jap lagi."

"Haah, kat atas ni."

"Pakcik gi mana makcik?"

"Pakcik gi uruskan x-ray. Tak tau lah macam mana boleh hilang x-ray tu, bawah pihak hospital. Nak kena buat x-ray balik lepas ni."

"Oh."


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Zue masa tu nak gi mana sebenarnya?" Aku tahu menghala ke Sungai Udang. Sekadar nak tau tujuan mereka ke sana.

"Nak gi 32gfgtr564."

"Nak gi mana?"

"32gfgtr564." 

Aku sekadar tersenyum, seolah-olah memahami apa yang cuba dikatakannya.  
Namun, sebenarnya aku tidak memahami apa yang cuba diberitahu. 

Akibat daripada kecederaan tisu mulut bahagian atasnya yang telah koyak, dan rahang bawah mulutnya yang terbelah dua itu, menyebabkannya sukar untuk bercakap, makan dan minum.

Allahurabbi..
Ada kebaikannya apabila kita menziarah orang yang dalam keadaan kesakitan. 
Patutlah nabi menyuruh umatnya menziarahi orang sakit.

Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat sihat yang Engkau kurniakan padaku hari ini, ya Allah. Terima kasih, ya Allah. 

Namun, Engkau telah ambil nikmat tersebut daripada Azizue buat seketika untuk mengujinya. Kuatkanlah dia, ya Allah. 

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap setiap ciptaan makhluk-Mu.
Terima kasih ya Allah. 

"Kalaulah kite tak pakai seat belt time tu, dah tercampak masuk rumah orang dah. 

"Itupun ada pokok. Kalau tak de pokok, tak tau lah, lagi teruk kitorang." 

"Habis tu, siapa yang panggilkan ambulans malam tu?" 

"Orang yang kat rumah tu."

"Ya Allah.."

"Kak nami, kite kena kuat. Ni baru sikit ujian Allah bagi kat kite. Baru accident je ni."

Ya Allah, tabahnya insan ini. Sepatutnya aku lah yang melemparkan kata-kata itu kepadanya. Tapi sebaliknya dia pula yang memberikan kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Zue, ada dapat tak mesej akak hantar semalam?"

"Akak hantar apa?"

"Akak tanya zue accident teruk ke?"

"Kite tak jumpe fon kite. Ni fon mak kite."

Tidak lama kemudian, jururawat datang bawakan makanan.
Setelah dihidangkan ibunya, perlahan-lahan zizue makan.

"Ssss...sakitnya.."

"Sya, ambikkan tisu.." pinta zizue kepada adiknya. 

Tisu tu dilap pada titisan bubur pada tepi mulutnya. 
Zizue pun meneruskan semula untuk sambung seleranya.

"Kak nami, ambikkan tisu.."

"Nah.."

Aku hanya mampu memandangnya tanpa berkata apa-apa.
Ya Allah, kesiannya. Bagaimanalah kalau aku di tempatnya..

"Maa, kecikkan daging ni."

Makcik pun mengecilkan saiz daging ayam itu menggunakan sudu.

"Sikitnya kuah ye bagi.." 

Alhamdulillah, dia nampak begitu berselera. 

"Kak, makan kak.."

"Tak pe, makan makan.."

Walaupun aku tau dia telah retak 2 tulang jari kirinya, jari manis dan jari kelingking, aku tidak berani untuk bertanyakan perihal jari itu kepadanya. Bimbang dia akan bertambah sedih.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Kak, tengok ni.." katanya sambil berkemas-kemas menyimpan barang untuk berangkat ke terengganu.

"Apa tu..?"

"Selendang kite. Ni darah masa accident malam tu."

"Merahnya. Banyaknya darah."

"Kite pun tak ingat dah apa jadi masa tu."

"Kak, nanti akak boleh tolong ambikkan laptop kite ?"

"Kat mana?"

"Kat surau lestari.."

"Boleh2.. Akak tunggu call tasnim je ni.. Tak call call pun lagi.."

"Akak gi tengok hajar jap lah zue.. Nak solat sekali."

Baru selangkah ku bergerak. 

"Nami nak gi mana ?" tanya zu lagi satu. (maklumlah ada dua zu..hehe)

"Nak gi solat jap. Pastu nak gi lestari jap ambik laptop zizue."

"Kalau camtu, zu nak ikut nami sekali lah, boleh ?" tanya zu sambil tersenyum. 

Sahabat ku yang sorang ni memang tak lekang bibirnya dengan senyuman. 
Jarang nampak zu tak senyum.

"Boleh je zu, jom lah.." 

"Kita tengok mak hajar sekali lah nami. Hajar tengah operate sekarang ni."

"Haah..jom.."

"Zue, akak gi dulu."


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Setiap orang ada bentuk-bentuk ujiannya. Bukan kerna tidak adil, tetapi Allah menguji hamba-Nya mengikut level kita. 

Kerna itulah Allah berikan ujian ini kepada Azizue, dan bukan kepadaku. Allah tahu Azizue mampu menghadapinya.Tapi, siapa yang boleh menjamin yang aku tidak akan menghadapi perkara yang sama seperti Azizue ? Semuanya kehendak-Nya sekiranya Dia mahu. Masing-masing Allah dah aturkan ujian-ujian yang berderet-deret menunggu untuk menguji tahap keimanan hamba-hamba-Nya. Cuma kadang-kadang kita sahaja yang lupa bahawa kita sedang diuji-Nya...

Petang itu, aku terima mesej daripadanya.


"Mtk maaf lau ada wat slah slap, halal kn sgalanya" 

6.59 PM
8 Jan 2013



"Insyaallah halal zue..halalkan segalanya jgk utk akak..akak maafkan..

Maafkan akk zue, kalau akk x dpt nak jadi akk yg baik utk zue.. Hanya Allah yg tau di hati ni..akk bertahan tadi spy akk nmpak kuat depan zue..n kak xnak zu nampak akk nangis..bila trkenangkan balik smua kenangan2 manis kite..mengalir air mata akk x brhenti..alhamdulillah akak masih dapat tatap zue lg harini..maafkn akk, deq..Insyaallah akk selalu doa utk zue spy cepat sembuh..kuat ye zue"

11.52 PM
8 Jan 2013


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Zizue...
Maafkan akak deq..
Akak tak dapat berada di sisi zue, saat zue memerlukan seseorang di saat-saat genting..

Walaupun tempoh perkenalan kita tidak begitu lama..
Bermula sejak zizue di matrik sem akhir..
dan seterusnya semasa minggu MHS tahun lepas..
walaupun cuma 6 hari minggu haluan siswa..
akak dapat rasakan pelbagai peristiwa yang berlaku..
di kampus pula, berkongsi makanan di kafe..
belanja akak makan itu ini lah..
makan ais krim sama-sama.. 
turun program proxy sama-sama..
duk sembang topik favorite pun sama-sama..
duk hadap kegelabahan akak masa tayar kereta pancit pun sama-sama..
ingat lagi masa tu kat induk, malam program Citra Orato..
turun kmj pun sama-sama..
gi walimah sahabat kmj sama-sama..
ke sana ke mari..
dan sehinggalah sekarang ni..

Terlalu banyak peristiwa manis yang terpahat di ingatan akak ini sehinggakan sukar untuk dilupakan..

"Kak nami, tengok kak nadia ni. Dia buli kite." 
Akak mampu tersenyum je melihat gelagat zizue masa tu.

"Kak nami baik. Kak nadia jahat." 

Setiap kali teringat zizue, akak akan tergelak.

"Kta syg akk2 kta semua..maaf klau kta buat akk skt ati"


"Kak, mcm mane nk g klinik kt cnie?"


"Kak nami, kta lmbt sket smpi ukm"


"Kta syg akk slalu=("


"Slam, sis, where r u?"


"Akk, ley kta ddk kt surau..."


"Salam, kak wafer satu..peanut+coklat, hehe"



Manisnya nikmat ukhuwwah yang terjalin ini...
Hanya Allah yang mengertinya..



SELASA
8 JANUARI 2013
9.10 PM








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...