بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Lazimnya, apabila sebut sahaja tentang 'wanita', perkara pertama yang akan terbayang di fikiran seseorang individu biasa adalah 'cantik'.
Mengapa ?
Kerana rencana Allah.
Wanita dan cantik itu saling berhubung kait dan sukar untuk dipisahkan.
Cuba renung-renungkan,
mengapalah agaknya Allah memerintahkan agar semua wanita itu wajib
memelihara auratnya daripada ajnabi? Mengapa tidak lelaki?
Dan mengapa pula Allah tidak mewajibkan agar hanya wanita yang cantik sahaja
yang perlu memelihara auratnya?
Jawapannya mudah, kerana semua wanita itu diciptakan Allah cantik kejadiannya. Manusia itu kan adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Maka, bersyukurlah atas ni'mat yang diberikan-Nya. Cuma mata manusia sahaja yang membezakan jenis kecantikan makhluk Allah yang bergelar 'wanita' ini.
Dan menjadi fitrah wanita itu sendiri yang sememangnya suka dan tertarik akan kecantikan. Maka, kerna itulah wanita gemar mengenakan sesuatu yang cantik pada dirinya untuk kelihatan cantik di matanya dan juga di mata orang sekeliling yang melihatnya. Agak pelik dan sukar diterima dek akal seandainya seseorang itu tidak suka kelihatan cantik.
Akan tetapi, sama ada percaya atau tidak, aku sedangpun mengalami perkara yang ku katakan pelik dan sukar diterima dek akal itu. Sampai satu tahap, di mana aku merasakan ia adalah sesuatu yang tidak perlu aku lakukan agar diriku kelihatan cantik di mata orang sekeliling yang melihatku. Bagiku, yang berwarna hitam itu sahaja sudah pun memadai di mataku.
Perubahan yang berlaku atas diriku ini dikenalpasti sejak aku pulang dari menunaikan ibadah umrah di Kota Suci Makkah al-Mukarramah berdua bersama ayah. Sebelum menunaikan ibadah umrah, kami sempat singgah menetap seketika di rumah Mak Longku di Riyadh, Arab Saudi. Ketika itu, aku dalam menunggu hari untuk meneruskan pelajaranku ke kolej matrikulasi.
Dan perubahan inilah yang ku rasakan sebagai satu anugerah Allah yang manis bagiku. Pulang sahaja, aku sudahpun kurang berminat terhadap pakaian yang berwarna-warni. Warna hitam telahpun menjadi warna kegemaranku. Emak pun sedar akan perubahan diriku. Sejak itu, jubah hitam menjadi senarai pilihan pertamaku dalam memilih pakaian.
Hatiku terasa bagaikan sedang mengalirkan air mata setiap kali mengenakan pakaian yang berwarna selain daripada hitam. Namun, apakan dayaku. Atas beberapa sebab, aku terpaksa mengizinkan diri ini kelihatan cantik di mata orang sekelilingku, dengan berpakaian warna-warni, dengan persekitaran aku sekarang ini.
Agak terikat dengan statusku sebagai seorang pelajar, aku terpaksa berpakaian yang tidak menurut kehendak hatiku. Mungkin setelah tamat belajar, aku akan terikat pula dengan status sebagai seorang pekerja, sekiranya majikanku bukanlah seorang yang benar-benar mengerti 'islam'. Unless aku adalah seorang majikan suatu hari nanti..hurmm. Mudah-mudahan tiada lagi halangan untuk aku mengenakan pakaian yang menurut kehendak hatiku di alam pekerjaan nanti, insyaallah..
Walaupun tidak salah dari segi syariat apabila seseorang wanita itu berpakaian berwarna-warni, tapi aku merasakan seperti melakukan satu dosa apabila aku mencantikkan diriku dan menghiasi diriku bukan untuk suami, tetapi untuk orang lain. Meskipun, ia sekadar perhiasan biasa seorang wanita.
Tambahan lagi, dengan persekitaranku yang tidak lepas dari pandangan lelaki ajnabi, aku merasakan sangat tidak patut dan tabarruj. Meskipun terdapat pelbagai definisi dan juga pendapat dari ulama' berkaitan tabarruj, aku tetap dengan prinsip dan pendirianku dalam berpakaian.
Mengapa hitam menjadi pilihanku? Aku sendiri kurang pasti pada awalnya. Tetapi, setelah aku terbaca tulisan kata-kata daripada seorang 'alim ini, barulah aku mengerti. Dan aku jelas mengapa wanita arab itu berpakaian serba hitam. Kerana warna hitam itu mampu membunuh pandangan nafsu seseorang lelaki. Sejauh mana kebenarannya, aku sendiri kurang pasti.
Ketahuilah bahawa membawa imej 'islam' ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan dan mudah. Ianya sukar untuk dilaksanakan kerna jika tersilap sedikit sahaja langkahku, orang sekelilingku (yang masih lagi kurang faham tentang islam) akan terus menghukum sesuatu yang boleh dipandang buruk terhadap islam. Maka, fitnah terhadap islam itu boleh berlaku pada bila-bila masa.
Hal ini telahpun dijelaskan Rasulullah s.a.w. sejak berkurun lamanya, bahawa Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan pulang juga dalam keadaan dagang (asing). Maka, tidak hairanlah jika golongan yang berkopiah, berserban, berjubah, bertudung labuh, berniqab, dan golongan yang mengajak ke arah islam dipandang serong oleh masyarakat akhir zaman ini.
Sedangkan Rasulullah yang menggunakan mukzijat baginda pun payah dan sukar menyeru manusia ke arah kebaikan, inikan pula aku manusia biasa yang tiada sebarang mukjizat. Hanya Allah yang dapat menilai usaha hamba-hamba-Nya.
Maka, berbalik semula kepada cerita tadi, dalam konteks ini, aku mempunyai 2 identiti dalam satu masa. Aku adalah seorang daie dan aku juga merupakan seorang pelajar. Dan pada masa yang sama juga aku dalam usaha untuk mendekatkan diri lagi dengan Allah. Jadi, tugasku bukan sahaja belajar. Malah, aku juga harus memastikan bahawa sedikit sebanyak islam itu dapat tersebar dan diterima oleh masyarakat sekelilingku.
Bergelar seorang pelajar, aku sentiasa berjumpa dengan pensyarahku dan juga rakan-rakanku. Dan dalam masa yang sama juga, mereka adalah mad'uku. Maka, sepertimana yang aku maklumkan tadi, islam dianggap begitu asing. Boleh dikatakan bahawa setiap perbuatanku, percakapanku dan segala yang berkaitan dengan ku akan dipantau atau diperhatikan oleh musuh-musuh islam yang benci melihat keizahan islam. Tersilap hari bulan, aku boleh menjadi fitnah kepada islam. Ya Allah, jauhkanlah....
Apa pula yang nak disampaikan daripada cerita ini? Mesej yang ingin disampaikan ialah aku terpaksa berpakaian sebegitu agar masyarakat sekelilingku dapat menerima kehadiranku. Dan harapanku, apabila aku bercampur bersama mereka, sedikit sebanyak islam itu dapat tersebar kepada mereka walaupun tanpa ku sedari.
Islam itu syumul (menyeluruh). Kadang-kadang kita tidak perlu pun menggunakan lisan kita untuk mengajak orang kepada islam. Tetapi cukup sekadar kita menampilkan akhlak kita. Insyaallah Islam itu akan dipandang tinggi oleh golongan yang tertarik dan berminat ke arahnya.
Dengan dukacitanya, boleh dikatakan aku terpaksa mengorbankan kehendak hatiku agar islam itu dapat disebarkan sedikit sebanyak, insyaallah. Sampai bila harus ku menyembunyikan identiti sebenarku, aku sendiri kurang pasti. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna cita-citaku terkubur begitu sahaja. Besides Orange colour, Black is always in my choice !! (^_^)
♥~~ Aku juga menginginkan kecantikan ~~♥
♥~~ Tetapi kecantikan yang mulia di sisi Allah ~~♥
entri-entri dalam blog awak sngat best. sy dah tak tahu nak komen mane satu.. huhu.. cuma satu je, kelopak2 bunga rose yg gugur ni mengganggu resolusi screen sy, adakalanya google chrome sy ni terus jadi hang & crush.. huhu.. ape pon dah save blog awak dlm bloglist sy.
ReplyDeleteselamat tahun baru & teruskan berkarya!
salam perkenalan :)
Deleteterima kasih Cik Gee, sudi beri sokongan, alhamdulillah bertambah lg kawan sy.. kelopak2 bunga rose sy ni? maaflah ye, sy pn tak tahu nk tolg camne..lama ke hang nyer? :(
selamat tahun baru juga..moga dpt laksanakn azam baru yer (^_^)
disebabkan dia hang sekejap2 itu yg kadang2 boleh jadi hilang sabar tu..
ReplyDeletemacam kita tengah taip ni kan, apa yang kita taip tu tak keluar. dah siap 5-6 ayat baru perkataan2 tu keluar.. :(
inshaAllah, azam baru belum difikirkan lagi.. hehehe..
oh..sy setakat ni guna g.chrome alhamdulillah ok..hmm ap kata kalau awk try guna Torch plk instead dr guna Goggle Chrome :) mana tau boleh jadi better.. :)
Deletexpe, boleh difikirkan lg..hehe