بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Kisah ini, kisah Nabi Ismail dan tiang pintu rumahnya yang sering bertukar ganti sehinggalah baginda dipertemukan dengan tiang pintu rumah yang padan dengannya.
Kisah menarik ini berkaitan dengan wanita. Mari baca, hayati, contohi dan berkongsi sifat-sifat teladan yang ada dalam kisah ini.
Menyingkap kembali sirah nabawiyyah, kisah bermula apabila Nabi Ibrahim datang berziarah ke rumah anak menantunya. Ditakdirkan Allah, masa kedatangan baginda tersebut tepat pada waktu anaknya, Nabi Ismail tiada di rumah. Maka, menantunyalah yang menyambut kedatangan baginda, walaupun tidak dikenali.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Saya isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan (mengeluh) dan tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah, jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Dan katakan padanya supaya menukar tiang pintu rumahnya.
Menantu : Baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah ke rumah mereka.
Nabi Ismail: Apa yang ditanya oleh orang itu?
Isteri: Tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Saya ceritakan bahawa kita orang susah. Hidup kita selalu dalam kesempitan dan tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Kemudian, apa katanya?
Isteri: Katanya, supaya menyampaikan salam kepadamu dan berpesan supaya meminta kamu menukarkan tiang pintu rumah.
Nabi Ismail: Sebenarnya orang itu adalah ayahku. Maksud dari pesannya, supaya kita berpisah. Maka, kembalilah kepada keluargamu.
Nabi Ismail pun berpisah dengan isterinya kerana akur dengan pesan ayahandanya, Nabi Ibrahim. Melalui jawapan menantunya sahaja, baginda dapat mengetahui bahawa bekas menantunya itu adalah seorang yang suka merungut dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang pernah dikecapinya selama ini. Tambahan pula, bekas menantunya itu sanggup pula mendedahkan rahsia rumahtangganya kepada orang lain.
Tidak lama kemudian, Nabi Ismail bernikah lagi dengan seorang wanita pilihannya. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi menziarahi anaknya. Dan berlaku lagi pertemuan antara seorang mertua dan seorang menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu?
Menantu: Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa yang kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Dan beritahunya supaya kekalkan tiang pintu rumahnya ini. (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment