Pages

Monday, 31 December 2012

Muslimah Solehah Sejati ?



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Terletak Pada 
Wajahnya Yang Tertutup..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Pada 
Berapa Banyak Ibadah Yang Dilakukan..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Pada Berapa Banyak Tulisan 
Dakwah Yang Di Postkan Di Laman-laman Maya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Pada Kelabuhan 
Tudung Yang Menutupi Dirinya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Juga Pada 
Wajahnya Yang Manis Dan Ayu..

Tetapi,

SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sedaya Upayanya 
Menjaga Maruah, Iman, Pergaulan dan Batas-batas Syariah..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana Ketaatannya 
Kepada Ibu Bapanya Sebelum Dia Mendirikan Rumah Tangga..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana
Kepatuhannya Kepada Suaminya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana Dia 
Dapat Menjaga Rahsia Dan Keaiban Suaminya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana Dia Dapat 
Melayani Suaminya Dengan Baik..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Juga Kepada 
Sejauh Mana Dia Dapat Menjaga Makan Minum Suaminya Dengan Terurus..

Maka,

Ubahlah Pemikiran Tersebut Sekiranya Masih Lagi Berfikir Begitu.. 

Kerana,

Niqab, Tudung Labuh, Jubah, Post-post Islamik bukanlah menjadi satu ukuran 
penentu solehahnya seseorang wanita itu..


Photo: ✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿ 

wahai muslimahku sayang... 
andai mereka mengatakan dikau terlalu memilih, 
tidak mengapa...
hakikatnya tidak salah untuk dikau memilih insan yang terbaik 
untuk bersamamu dalam perjuangan di dunia, 
seterusnya mematri syurga di akhirat sana...

tidak salah duhai wanita..
untuk memilih imam yang benar-benar imam, 
mampu membimbingmu serta ahli keluargamu kelak... 
dikau umpama mutiara, dikau layak mendapatkan permata... 
jangan takut akan ditinggalkan sendirian, 
kerana Allah itu sentiasa ada..

pilihlah duhai muslimahku sayang.... 
seseorang yang elok pekertinya,baik agamanya, teguhnya kepada janji, 
taatnya kepada syariat... 
agar kelak, damai hatimu mencari redha Tuhanmu.... 
Agar kelak, terjaga agamamu dari sebarang sifat mazmumah.... 

Dikau punya hak dalam memilih.... 
maka pilihlah insan yang mahu agama, 
bukan sekadar tahu Agama, 
kerana mereka yang hanya tahu agama itu akan merobek hatimu dalam bahtera yang dikau layari kelak... 
tidak ingin diriku melihat hatimu yang tergores, atau air mata kesedihanmu....

Pilihlah...apa yang Allah redhakan hatimu dalam memilih.... 
Ingin benar diri ini melihat pemuda-pemuda 
sehebat Mu'az bin Jabal, Uwais Al-Qorni, 
serta pemudi-pemudi hebat seperti Sumayyah, Rabiatul Adawiyah...
lahir dari rahim sucimu, berserta pendamping terbaik yang dikurniakan Allah buatmu.

Jadilah pemilih sekarang...
agar tidak tersisih nanti... :)

 Keep istiqomah with our purdah ya akhwati fillah....^_^♥







4 comments:

  1. so true..
    biarlah orang nak cakap apa pun..
    hanya Allah yg menilai peribadi hambanya..

    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu cik mimie :)
      soleh atau solehahnya seseorg itu bukan nilai pada luaran shj, tp jgk nilai dalaman peribadinya..

      dan bukan juga kerja kita utk menilai sama ada seseorg itu soleh ataupn solehah..

      wanita berniqab itu BELUM SEMESTINYA adalah seorg wanita yg solehah..kerna syurga seorg isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...