Pages

Monday, 31 December 2012

Muslimah Solehah Sejati ?



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Terletak Pada 
Wajahnya Yang Tertutup..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Pada 
Berapa Banyak Ibadah Yang Dilakukan..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Pada Berapa Banyak Tulisan 
Dakwah Yang Di Postkan Di Laman-laman Maya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Pada Kelabuhan 
Tudung Yang Menutupi Dirinya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Tidak Juga Pada 
Wajahnya Yang Manis Dan Ayu..

Tetapi,

SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sedaya Upayanya 
Menjaga Maruah, Iman, Pergaulan dan Batas-batas Syariah..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana Ketaatannya 
Kepada Ibu Bapanya Sebelum Dia Mendirikan Rumah Tangga..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana
Kepatuhannya Kepada Suaminya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana Dia 
Dapat Menjaga Rahsia Dan Keaiban Suaminya..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Kepada Sejauh Mana Dia Dapat 
Melayani Suaminya Dengan Baik..
SOLEHAH Seseorang Wanita Itu Bergantung Juga Kepada 
Sejauh Mana Dia Dapat Menjaga Makan Minum Suaminya Dengan Terurus..

Maka,

Ubahlah Pemikiran Tersebut Sekiranya Masih Lagi Berfikir Begitu.. 

Kerana,

Niqab, Tudung Labuh, Jubah, Post-post Islamik bukanlah menjadi satu ukuran 
penentu solehahnya seseorang wanita itu..


Photo: ✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿ 

wahai muslimahku sayang... 
andai mereka mengatakan dikau terlalu memilih, 
tidak mengapa...
hakikatnya tidak salah untuk dikau memilih insan yang terbaik 
untuk bersamamu dalam perjuangan di dunia, 
seterusnya mematri syurga di akhirat sana...

tidak salah duhai wanita..
untuk memilih imam yang benar-benar imam, 
mampu membimbingmu serta ahli keluargamu kelak... 
dikau umpama mutiara, dikau layak mendapatkan permata... 
jangan takut akan ditinggalkan sendirian, 
kerana Allah itu sentiasa ada..

pilihlah duhai muslimahku sayang.... 
seseorang yang elok pekertinya,baik agamanya, teguhnya kepada janji, 
taatnya kepada syariat... 
agar kelak, damai hatimu mencari redha Tuhanmu.... 
Agar kelak, terjaga agamamu dari sebarang sifat mazmumah.... 

Dikau punya hak dalam memilih.... 
maka pilihlah insan yang mahu agama, 
bukan sekadar tahu Agama, 
kerana mereka yang hanya tahu agama itu akan merobek hatimu dalam bahtera yang dikau layari kelak... 
tidak ingin diriku melihat hatimu yang tergores, atau air mata kesedihanmu....

Pilihlah...apa yang Allah redhakan hatimu dalam memilih.... 
Ingin benar diri ini melihat pemuda-pemuda 
sehebat Mu'az bin Jabal, Uwais Al-Qorni, 
serta pemudi-pemudi hebat seperti Sumayyah, Rabiatul Adawiyah...
lahir dari rahim sucimu, berserta pendamping terbaik yang dikurniakan Allah buatmu.

Jadilah pemilih sekarang...
agar tidak tersisih nanti... :)

 Keep istiqomah with our purdah ya akhwati fillah....^_^♥







Nabi Ismail dan tiang pintu rumahnya..



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Kisah ini, kisah Nabi Ismail dan tiang pintu rumahnya yang sering bertukar ganti sehinggalah baginda dipertemukan dengan tiang pintu rumah yang padan dengannya.

Kisah menarik ini berkaitan dengan wanita. Mari baca, hayati, contohi dan berkongsi sifat-sifat teladan yang ada dalam kisah ini. 

Menyingkap kembali sirah nabawiyyah, kisah bermula apabila Nabi Ibrahim datang berziarah ke rumah anak menantunya. Ditakdirkan Allah, masa kedatangan baginda tersebut tepat pada waktu anaknya, Nabi Ismail tiada di rumah. Maka, menantunyalah yang menyambut kedatangan baginda, walaupun tidak dikenali.


Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Saya isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan (mengeluh) dan tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah, jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Dan katakan padanya supaya menukar tiang pintu rumahnya. 
Menantu : Baiklah.


Setelah Nabi Ismail pulang berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah ke rumah mereka.


Nabi Ismail: Apa yang ditanya oleh orang itu?
Isteri: Tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Saya ceritakan bahawa kita orang susah. Hidup kita selalu dalam kesempitan dan tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Kemudian, apa katanya?
Isteri: Katanya, supaya menyampaikan salam kepadamu dan berpesan supaya meminta kamu menukarkan tiang pintu rumah.
Nabi Ismail: Sebenarnya orang itu adalah ayahku. Maksud dari pesannya, supaya kita berpisah. Maka, kembalilah kepada keluargamu.


Nabi Ismail pun berpisah dengan isterinya kerana akur dengan pesan ayahandanya, Nabi Ibrahim. Melalui jawapan menantunya sahaja, baginda dapat mengetahui bahawa bekas menantunya itu adalah seorang yang suka merungut dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang pernah dikecapinya selama ini. Tambahan pula, bekas menantunya itu sanggup pula mendedahkan rahsia rumahtangganya kepada orang lain.

Tidak lama kemudian, Nabi Ismail bernikah lagi dengan seorang wanita pilihannya. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi menziarahi anaknya. Dan berlaku lagi pertemuan antara seorang mertua dan seorang menantu yang saling tidak mengenali.


Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu?
Menantu: Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa yang kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi IbrahimBaiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Dan beritahunya supaya kekalkan tiang pintu rumahnya ini. (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka.


Wallahu'alam..










Ikhlas tidak kenal erti penyesalan..



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 



Setiap hari kita melakukan bermacam perkara. 
Tapi, adakah kita benar-benar ikhlas melakukannya?

Allahu'a'lam. 
Kerana keikhlasan hati seseorang hamba itu tidak dapat dilihat 
dengan hanya mata kasar manusia biasa. 

Ikhlas tidak kenal erti penyesalan.
Orang yang ikhlas tidak akan menyesal atas apa yang telah dilakukan.

Ikhlas tidak mengungkit kembali perkara yang telah dilakukan, 
melainkan apabila dipersoalkan.

Ikhlas tidak mengharapkan balasan,
melainkan hutang yang belum dilunaskan.

Ikhlas tidak mengharap pandangan manusia,
tetapi mengharapkan pandangan Allah.

Ikhlas mendidik manusia cekal hati.






Wanita dan Cantik ??



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Lazimnya, apabila sebut sahaja tentang 'wanita', perkara pertama yang akan terbayang di fikiran seseorang individu biasa adalah 'cantik'

Mengapa ? 
Kerana rencana Allah. 
Wanita dan cantik itu saling berhubung kait dan sukar untuk dipisahkan.

Cuba renung-renungkan, 
mengapalah agaknya Allah memerintahkan agar semua wanita itu wajib 
memelihara auratnya daripada ajnabi? Mengapa tidak lelaki?

Dan mengapa pula Allah tidak mewajibkan agar hanya wanita yang cantik sahaja 
yang perlu memelihara auratnya?

Jawapannya mudah, kerana semua wanita itu diciptakan Allah cantik kejadiannya. Manusia itu kan adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Maka, bersyukurlah atas ni'mat yang diberikan-Nya. Cuma mata manusia sahaja yang membezakan jenis kecantikan makhluk Allah yang bergelar 'wanita' ini.

Dan menjadi fitrah wanita itu sendiri yang sememangnya suka dan tertarik akan kecantikan. Maka, kerna itulah wanita gemar mengenakan sesuatu yang cantik pada dirinya untuk kelihatan cantik di matanya dan juga di mata orang sekeliling yang melihatnya. Agak pelik dan sukar diterima dek akal seandainya seseorang itu tidak suka kelihatan cantik.

Akan tetapi, sama ada percaya atau tidak, aku sedangpun mengalami perkara yang ku katakan pelik dan sukar diterima dek akal itu. Sampai satu tahap, di mana aku merasakan ia adalah sesuatu yang tidak perlu aku lakukan agar diriku kelihatan cantik di mata orang sekeliling yang melihatku. Bagiku, yang berwarna hitam itu sahaja sudah pun memadai di mataku.

                                           

Perubahan yang berlaku atas diriku ini dikenalpasti sejak aku pulang dari menunaikan ibadah umrah di Kota Suci Makkah al-Mukarramah berdua bersama ayah. Sebelum menunaikan ibadah umrah, kami sempat singgah menetap seketika di rumah Mak Longku di Riyadh, Arab Saudi. Ketika itu, aku dalam menunggu hari untuk meneruskan pelajaranku ke kolej matrikulasi.

Dan perubahan inilah yang ku rasakan sebagai satu anugerah Allah yang manis bagiku. Pulang sahaja, aku sudahpun kurang berminat terhadap pakaian yang berwarna-warni. Warna hitam telahpun menjadi warna kegemaranku. Emak pun sedar akan perubahan diriku. Sejak itu, jubah hitam menjadi senarai pilihan pertamaku dalam memilih pakaian. 

Hatiku terasa bagaikan sedang mengalirkan air mata setiap kali mengenakan pakaian yang berwarna selain daripada hitam. Namun, apakan dayaku. Atas beberapa sebab, aku terpaksa mengizinkan diri ini kelihatan cantik di mata orang sekelilingku, dengan berpakaian warna-warni, dengan persekitaran aku sekarang ini.  

Agak terikat dengan statusku sebagai seorang pelajar, aku terpaksa berpakaian yang tidak menurut kehendak hatiku. Mungkin setelah tamat belajar, aku akan terikat pula dengan status sebagai seorang pekerja, sekiranya majikanku bukanlah seorang yang benar-benar mengerti 'islam'. Unless aku adalah seorang majikan suatu hari nanti..hurmm. Mudah-mudahan tiada lagi halangan untuk aku mengenakan pakaian yang menurut kehendak hatiku di alam pekerjaan nanti, insyaallah..

Walaupun tidak salah dari segi syariat apabila seseorang wanita itu berpakaian berwarna-warni, tapi aku merasakan seperti melakukan satu dosa apabila aku mencantikkan diriku dan menghiasi diriku bukan untuk suami, tetapi untuk orang lain. Meskipun, ia sekadar perhiasan biasa seorang wanita.

                           

Tambahan lagi, dengan persekitaranku yang tidak lepas dari pandangan lelaki ajnabi, aku merasakan sangat tidak patut dan tabarruj. Meskipun terdapat pelbagai definisi dan juga pendapat dari ulama' berkaitan tabarruj, aku tetap dengan prinsip dan pendirianku dalam berpakaian.

Mengapa hitam menjadi pilihanku? Aku sendiri kurang pasti pada awalnya. Tetapi, setelah aku terbaca tulisan kata-kata daripada seorang 'alim ini, barulah aku mengerti. Dan aku jelas mengapa wanita arab itu berpakaian serba hitam. Kerana warna hitam itu mampu membunuh pandangan nafsu seseorang lelaki. Sejauh mana kebenarannya, aku sendiri kurang pasti.

Ketahuilah bahawa membawa imej 'islam' ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan dan mudah. Ianya sukar untuk dilaksanakan kerna jika tersilap sedikit sahaja langkahku, orang sekelilingku (yang masih lagi kurang faham tentang islam) akan terus menghukum sesuatu yang boleh dipandang buruk terhadap islam. Maka, fitnah terhadap islam itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Hal ini telahpun dijelaskan Rasulullah s.a.w. sejak berkurun lamanya, bahawa Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan pulang juga dalam keadaan dagang (asing). Maka, tidak hairanlah jika golongan yang berkopiah, berserban, berjubah, bertudung labuh, berniqab, dan golongan yang mengajak ke arah islam dipandang serong oleh masyarakat akhir zaman ini.

Sedangkan Rasulullah yang menggunakan mukzijat baginda pun payah dan sukar menyeru manusia ke arah kebaikan, inikan pula aku manusia biasa yang tiada sebarang mukjizat. Hanya Allah yang dapat menilai usaha hamba-hamba-Nya.

Maka, berbalik semula kepada cerita tadi, dalam konteks ini, aku mempunyai 2 identiti dalam satu masa. Aku adalah seorang daie dan aku juga merupakan seorang pelajar. Dan pada masa yang sama juga aku dalam usaha untuk mendekatkan diri lagi dengan Allah. Jadi, tugasku bukan sahaja belajar. Malah, aku juga harus memastikan bahawa sedikit sebanyak islam itu dapat tersebar dan diterima oleh masyarakat sekelilingku.

Bergelar seorang pelajar, aku sentiasa berjumpa dengan pensyarahku dan juga rakan-rakanku. Dan dalam masa yang sama juga, mereka adalah mad'uku. Maka, sepertimana yang aku maklumkan tadi, islam dianggap begitu asing. Boleh dikatakan bahawa setiap perbuatanku, percakapanku dan segala yang berkaitan dengan ku akan dipantau atau diperhatikan oleh musuh-musuh islam yang benci melihat keizahan islam. Tersilap hari bulan, aku boleh menjadi fitnah kepada islam. Ya Allah, jauhkanlah....

Apa pula yang nak disampaikan daripada cerita ini? Mesej yang ingin disampaikan ialah aku terpaksa berpakaian sebegitu agar masyarakat sekelilingku dapat menerima kehadiranku. Dan harapanku, apabila aku bercampur bersama mereka, sedikit sebanyak islam itu dapat tersebar kepada mereka walaupun tanpa ku sedari.

Islam itu syumul (menyeluruh). Kadang-kadang kita tidak perlu pun menggunakan lisan kita untuk mengajak orang kepada islam. Tetapi cukup sekadar kita menampilkan akhlak kita. Insyaallah Islam itu akan dipandang tinggi oleh golongan yang tertarik dan berminat ke arahnya.

Dengan dukacitanya, boleh dikatakan aku terpaksa mengorbankan kehendak hatiku agar islam itu dapat disebarkan sedikit sebanyak, insyaallah. Sampai bila harus ku menyembunyikan identiti sebenarku, aku sendiri kurang pasti. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna cita-citaku terkubur begitu sahaja. Besides Orange colour, Black is always in my choice !! (^_^)


                    


♥~~ Aku juga menginginkan kecantikan ~~
♥~~ Tetapi kecantikan yang mulia di sisi Allah ~~













Sunday, 30 December 2012

3 Tingkatan ilmu..


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




'Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa : 

"Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan. Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong. Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu'. Dan barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa."

Allahua Akbar !

Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini. Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut dalam kata-kata di atas. 

Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara. Lalu dengan perasaan sombong, dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru. Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita. 

Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka. Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu. Ramai berada di peringkat ini. Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini. 

Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita. 

Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah. jangan terlalu lekas melabel. Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri. 

Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu' dengan apa yang ada pada mereka. Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman.

Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu, mereka berasa tawadhu'.

Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa. Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka.

Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka. Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu', bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka boleh lemas di dalamnya.

Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas. Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.

Allahurabbi..
Allahu'a'lam.. 






Ketahuilah..Wanita itu Adalah Aurat



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus,

"Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai 
hijab yang  menutup wajahnya memandangkan kebanyakan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.."

"Kelemahan wanita itu adalah pada auratnya. 
Kelemahan lelaki itu pada syahwatnya."

Maka, oleh kerana itulah dalam Surah an-Nur, Allah memerintahkan agar rijal (lelaki) untuk menjaga pandangannya. Tidak lupa juga, pesanan Allah buat nisa' (wanita) agar memelihara auratnya.

"Katakanlah kepada orang-orang mu'min (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mu'minah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka." (Surah An-Nur : ayat 30 dan 31)

Dan tidak bermakna wanita tidak perlu menjaga pandangannya. 
Cuma, suruhan ini ditegaskan Allah kepada golongan rijal dahulu, 
dek kerana kelemahannya itu. 

SubhanAllah !!
Maha Bijaksana nya Allah itu, Dia tahu apa kekurangan dan kelebihan makhluk-Nya. 
Maka, Dia membekalkan makhluk-Nya keperluan dan kepentingan yang perlu dilakukan agar makhluk-Nya dapat mengatasi kelemahan tersebut. 

Cuma, bergantunglah kepada kita semua sama ada mahu mematuhi 
ajaran-Nya ataupun tidak.



Photo: ✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Ustaz Azhar Idrus

Keep istiqomah with our purdah ya akhwati fillah....^_^♥



Oleh itu, wahai wanita di luar sana...
Ketahuilah bahawa,

"Sesungguhnya WANITA ITU ADALAH AURAT, maka jika dia keluar dari rumahnya, syaitan akan mengikutinya (menghiasinya agar menjadi FITNAH bagi lelaki), dan keadaannya yang paling dekat dengan Rabbnya (ALLAH) adalah ketika dia berada di dalam rumahnya." (HR Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah, & ath-Thabrani)


Keep istiqomah with our niqab ya akhwati fillah... (^_^) 









Thursday, 20 December 2012

Merindui maghfirahMu..




بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم





Alhamdulillah..
Diri ini merindui maghfirah-Mu, ya Rabb..
Kembalikanlah ia.. 

Agar daku menjadi seorang mujahidah yang lebih kuat..
dalam menghadapi ujian-Mu..

Ujian yang baru sedikit diuji..
ujian yang mana, diri ini hampir tewas dan mengalah..

Ya Allah..
Tetapkanlah hati ini..
Moga terus istiqamah di jalan-Mu..

Moga dikabulkan..
Amin yaa Rabb


'17 Disember 2012'
in memories..
:)





Sirru 'Ala Barakatillah..



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Urusan jodoh menjadi rahsia Allah dalam ketentuan-NYA..
DIA yang MAHA Penentu mencatur segalanya..

DIA Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYA
DIA yang berkuasa memberi..
dan DIA jugalah yang berkuasa mengambilnya..

Moga suatu hari, diri ini mempunyai..
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..

Tugasku kini adalah..

membuka lembaran baru..
 menjadi dan mempersiapkan diri sebagai.. 
seorang hamba Allah yang solehah..
seorang anak yang solehah..
seorang isteri yang solehah..

dan

seorang ibu yang solehah..

insyaALLAH...........
Amin yaa RAbb....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...