Pages

Tuesday, 6 March 2012

Janji Allah Yang Pasti



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
 


Yang baik, dijadikan teladan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Dengan izin ALLAH, terdetik di hati untuk berkongsi sebuah kisah realiti yang berlaku pada zaman fitnah akhir zaman hari ini, yang telah menjadi perkara biasa dan bukan lagi fenomena yang luar biasa. 

Ya ALLAHus Samii' (السميع)
Jauhkanlah kami dari fitnah yang dahsyat di akhir zaman ini..
Berikanlah taufik dan hidayah-Mu kepada sekalian hamba-hamba-Mu.

Perkenankanlah kami untuk menjadi hamba-Mu yang bertaqwa, solih dan solihah.
Jadikanlah kami ini hamba-hamba-Mu yang beriman, berilmu dan mengamalkannya.
Kurniakanlah kami sifat keihklasan tanpa mengharapkan balasan, yaa Muhaimin (المهيمن)
Bukakanlah pintu hati kami, yaa Baasith (الباسط)
Dan permudahkanlah kami dalam menerima kebenaran-Mu
Amin ya Rabb

Kisah ini dipetik dari wall facebook seorang hamba ALLAH, mengenai perbualan antara dua orang wanita dan seorang lelaki. Semoga kisah ini dapat menyentuh hati-hati yang bergetar rasa takut dengan azab seksa api neraka ALLAH, hati-hati yang benci akan seruan maksiat dan juga hati-hati yang sentiasa ingin kembali ke jalan ALLAH. InsyaAllah, Amin ya Rabb.

Moga menjadi iktibar, tauladan dan sempadan bersama. Semoga kita semua terhindar dari perkara terkutuk yang dilaknat Allah dan para Malaikat. ALLAH. ALLAH. Mari muhasabah..


**************************************************************************

Pada satu hari...

Wanita 1 : Betul nie U sayang dengan I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I nak jumpa keluarga U ..
Wanita 1 : Betul ? U nak kahwin dengan I ?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. U diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je. boleh ye sayang ?? 


Setahun selepas itu....

Wanita 1 : Sampai hati.. U tipu I.. Dulu U kata nak kahwin dengan I. Tapi bila I dah macam ni. U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang murah macam U ? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam U, yang senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U ?
Wanita 1 : Sampai hati U cakap macam tu. Dulu.. macam-macam janji manis U bagi. Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji U je.. Tapi dah U bagi, I ambil laa..
Wanita 1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan U..
Lelaki : U menyesal ? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita 1 : U akan dapat balasannya nanti..

Lelaki tersebut kemudiannya berkahwin dengan wanita yang diimpikannya.. Pada malam harinya..


Lelaki : Sayang... I love U so much..
Wanita 2 : Me too sayang..
Lelaki : I bertuah kahwin dengan U.
Wanita 2 : I pun sayang.. I ada something nak beritahu kat U..
Lelaki : Apa dia sayang ?
Wanita 2 : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin, I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan ?
Lelaki : WHAT ????????????? 


***************************************************************************


Allahu Rabbi.......

Sesungguhnya...
Janji ALLAH itu adalah sesuatu yang pasti. 

Di dalam firman ALLAH yang bermaksud : "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (Surah an-Nur : 26)


Allah itu cemburu. Dan orang mu'min yang ada sifat iman itu pun cemburu. 

Di saat cemburu ALLAH kepada hamba-Nya melanda, azab ALLAH yang sangat berat, yang paling kita takut, dalam masa meniti kehidupan di muka bumi, apabila ALLAH tidak lagi kisah pada hamba-Nya kerana tidak mendapat balasan cinta dari hamba-Nya. 

Maka, hilanglah rasa lazat pada jalan-jalan kebaikan.
Hilanglah semua rasa seronok pada jalan-jalan kebenaran.
Dan terpisahlah dari hidayah ALLAH.


Maka, hilanglah segala RASA, perasaan yang ALLAH campakkan pada hamba-hamba-Nya yang tidak menjaga 'ikhlas'nya dengan ALLAH. 

Maka, hilanglah 'rasa' tersebut apabila tiba di suatu saat-saat tertentu, yang ALLAH pilih untuk uji hamba-hambaNya. 'Rasa' itulah yang ALLAH detikkan untuk berfikir dan membuat keputusan dalam menilai sesuatu pilihan yang baik dalam sesuatu perkara.

Maka, ibrah yang diperoleh dari kisah ini, kita perlulah sentiasa muhasabah dan berusaha perbetul diri untuk menjadi seorang yang soleh dan solehah dahulu, agar dikurniakan ALLAH pasangan yang soleh dan solehah. 

Dan penyebab berlakunya gejala seperti ini adalah kerana mereka telah membuatkan Allah cemburu. Maka, RASA atau kesensitivitian dalam diri mereka telah dicabut oleh ALLAH. Mereka telahpun kehilangan perhatian daripada ALLLAH.

Oleh itu, wahai saudara-saudaraku sekalian..
Bersamalah kita berdoa agar ALLAH kita tidak membuatkan ALLAH cemburu pada kita. 

Semoga ALLAH kurniakan 'Rasa' atau sensitiviti tersebut. Sebagai taufiq atau sign daripada ALLAH agar kita terhindar dari maksiat dan kemungkaran di atas muka bumi ALLAH ini.









2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...