Pages

Sunday, 18 March 2012

Mahabbah yang Haqiqi..


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم  


Duhai Hamba Allah..

Ingatlah Tuhanmu di setiap saat.. 
dalam segenap hembusan nafasmu..

Sesungguhnya Allah berada di dalam hati hamba-Nya..
yang senantiasa mengingati-Nya..

Berkata as-Sheikh Sanusi..
"Berzikirlah kamu sehingga sebati zikirmu dengan darah dan daging.."

Ingatlah kepada-Nya di saat 'amal dan ma'siatmu..
Nescaya apa yang kau dapati adalah maghfirah dan kasih Tuhanmu..

Segeralah kembali kepada-Nya.. 
apabila terlanjur melakukan kesalahan..

Nescaya apa yang kau olehi adalah indahnya.. 
berada di antara dua garisan khauf dan raja' terhadap Tuhanmu..

Jadikan matamu sebagai perisai anggota tubuhmu..
Nescaya apa yang kau rasai adalah kenikmatan syurga Allah.. 
dan apa yang kau olehi adalah halaawatul iman wal 'amal..

Selamkan dirimu di bawah bumi sembunyi..
Nescaya apa yang kau dapati adalah ketiadaan dirimu..

Tundukkanlah hatimu kepada Allah..
Sandarkan segala pengharapanmu di dalam segenap tugasmu kepada-Nya..
dan iringkan ia bersama kedha'i..

Fanmu...
Nescaya apa yang kau olehi adalah mahabbah yang haqiqi..

Amin yaa Rabb..
Semoga dirimu mencintai dan dicintai Allah..


 





Tuesday, 6 March 2012

Janji Allah Yang Pasti



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
 


Yang baik, dijadikan teladan.
Yang buruk, dijadikan sempadan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.


Dengan izin ALLAH, terdetik di hati untuk berkongsi sebuah kisah realiti yang berlaku pada zaman fitnah akhir zaman hari ini, yang telah menjadi perkara biasa dan bukan lagi fenomena yang luar biasa. 

Ya ALLAHus Samii' (السميع)
Jauhkanlah kami dari fitnah yang dahsyat di akhir zaman ini..
Berikanlah taufik dan hidayah-Mu kepada sekalian hamba-hamba-Mu.

Perkenankanlah kami untuk menjadi hamba-Mu yang bertaqwa, solih dan solihah.
Jadikanlah kami ini hamba-hamba-Mu yang beriman, berilmu dan mengamalkannya.
Kurniakanlah kami sifat keihklasan tanpa mengharapkan balasan, yaa Muhaimin (المهيمن)
Bukakanlah pintu hati kami, yaa Baasith (الباسط)
Dan permudahkanlah kami dalam menerima kebenaran-Mu
Amin ya Rabb

Kisah ini dipetik dari wall facebook seorang hamba ALLAH, mengenai perbualan antara dua orang wanita dan seorang lelaki. Semoga kisah ini dapat menyentuh hati-hati yang bergetar rasa takut dengan azab seksa api neraka ALLAH, hati-hati yang benci akan seruan maksiat dan juga hati-hati yang sentiasa ingin kembali ke jalan ALLAH. InsyaAllah, Amin ya Rabb.

Moga menjadi iktibar, tauladan dan sempadan bersama. Semoga kita semua terhindar dari perkara terkutuk yang dilaknat Allah dan para Malaikat. ALLAH. ALLAH. Mari muhasabah..


**************************************************************************

Pada satu hari...

Wanita 1 : Betul nie U sayang dengan I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I nak jumpa keluarga U ..
Wanita 1 : Betul ? U nak kahwin dengan I ?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. U diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit je. boleh ye sayang ?? 


Setahun selepas itu....

Wanita 1 : Sampai hati.. U tipu I.. Dulu U kata nak kahwin dengan I. Tapi bila I dah macam ni. U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang murah macam U ? I nak perempuan yang suci.. Bukan macam U, yang senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U ?
Wanita 1 : Sampai hati U cakap macam tu. Dulu.. macam-macam janji manis U bagi. Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji U je.. Tapi dah U bagi, I ambil laa..
Wanita 1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan U..
Lelaki : U menyesal ? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita 1 : U akan dapat balasannya nanti..

Lelaki tersebut kemudiannya berkahwin dengan wanita yang diimpikannya.. Pada malam harinya..


Lelaki : Sayang... I love U so much..
Wanita 2 : Me too sayang..
Lelaki : I bertuah kahwin dengan U.
Wanita 2 : I pun sayang.. I ada something nak beritahu kat U..
Lelaki : Apa dia sayang ?
Wanita 2 : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin, I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan ?
Lelaki : WHAT ????????????? 


***************************************************************************


Allahu Rabbi.......

Sesungguhnya...
Janji ALLAH itu adalah sesuatu yang pasti. 

Di dalam firman ALLAH yang bermaksud : "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (Surah an-Nur : 26)


Allah itu cemburu. Dan orang mu'min yang ada sifat iman itu pun cemburu. 

Di saat cemburu ALLAH kepada hamba-Nya melanda, azab ALLAH yang sangat berat, yang paling kita takut, dalam masa meniti kehidupan di muka bumi, apabila ALLAH tidak lagi kisah pada hamba-Nya kerana tidak mendapat balasan cinta dari hamba-Nya. 

Maka, hilanglah rasa lazat pada jalan-jalan kebaikan.
Hilanglah semua rasa seronok pada jalan-jalan kebenaran.
Dan terpisahlah dari hidayah ALLAH.


Maka, hilanglah segala RASA, perasaan yang ALLAH campakkan pada hamba-hamba-Nya yang tidak menjaga 'ikhlas'nya dengan ALLAH. 

Maka, hilanglah 'rasa' tersebut apabila tiba di suatu saat-saat tertentu, yang ALLAH pilih untuk uji hamba-hambaNya. 'Rasa' itulah yang ALLAH detikkan untuk berfikir dan membuat keputusan dalam menilai sesuatu pilihan yang baik dalam sesuatu perkara.

Maka, ibrah yang diperoleh dari kisah ini, kita perlulah sentiasa muhasabah dan berusaha perbetul diri untuk menjadi seorang yang soleh dan solehah dahulu, agar dikurniakan ALLAH pasangan yang soleh dan solehah. 

Dan penyebab berlakunya gejala seperti ini adalah kerana mereka telah membuatkan Allah cemburu. Maka, RASA atau kesensitivitian dalam diri mereka telah dicabut oleh ALLAH. Mereka telahpun kehilangan perhatian daripada ALLLAH.

Oleh itu, wahai saudara-saudaraku sekalian..
Bersamalah kita berdoa agar ALLAH kita tidak membuatkan ALLAH cemburu pada kita. 

Semoga ALLAH kurniakan 'Rasa' atau sensitiviti tersebut. Sebagai taufiq atau sign daripada ALLAH agar kita terhindar dari maksiat dan kemungkaran di atas muka bumi ALLAH ini.









Sunday, 4 March 2012

Allah Sedang Mengetuk Hatimu...




بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

13232224541475848775


"Assalamu'alaikum Enti..."

Bagaimana kabar imanmu hari ini ? 
Semoga hatimu masih dalam tuntutan dan Rahmat-Nya.
Enti... Jika dirimu selalu murung dan menyesali apa yang sedang melandamu saat ini, mungkinkah kamu dikatakan sebagai hamba-Nya yang kurang bersyukur ???
Enti... Enti adalah gadis belia yang cantik dan manis, keinginanmu adalah atas izinnya, tapi satu perkara yang selalu kita lupa enti... apa yang menjadi izin-Nya tidak bererti menjadi Redho-Nya. 

Jangan enti... jangan menyesali apa yang telah berlaku dalam hidupmu, Allah punya rencana indah di atas rencana. Apa yang dirimu alami sudah menjadi Rencana-Nya, dan di atas Rencana-Nya, Allah mempunyai Rencana lain untukmu enti. Sedarilah bahawa Allah Subhaanahu wa ta'ala adalah sebaik-baiknya Dzat Perencana.

"Dan berencanalah kalian, Allah membuat rencana. Dan Allah sebaik-baik perencana." 
(Ali Imran : 54)

Cinta memang terkadang membuat kita lupa akan Kebesaran-Nya, tahukah enti...
Cinta yang Hakiki adalah cinta kerna-Nya, jika cinta dalam hatimu datang semata-mata kerna-Nya, dirimu juga harus ikhlas merelakannya pergi kerana-Nya. Cinta yang suci itu cinta yang tidak pernah tersentuh oleh 'cinta'... sebelum cinta itu menjadi kehalalan bagi penikmatnya, sekalipun cinta itu hanya ada dalam kata-kata.

Boleh jadi apa yang dirimu alami saat ini adalah sebuah teguran sebagai bentuk rasa Cinta-Nya terhadapmu Enti. Mungkin selama ini dirimu lupa bahawa apa yang dijalani bersama seseorang yang dikagumi bukanlah sebuah tindakan yang di-Redhai-Nya. Dan Allah sedang memberikan Petunjuk-Nya kepadamu... 

"Maka Allah menyesatkan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki, dan memberikan petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki... 
(QS. Ibrahim : 4)

Enti mungkin akan bertanya atas ujian yang melanda hatimu saat ini. Kenapa enti diuji ?? Allah telah menjawab dalam al-Qur'an, enti: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta." - (QS. Al-Ankabut ayat 2-3)

Dan jika enti bertanya : Mengapa ana tak dapat apa yang ana idamkan ?

Allah juga telah menjawab dalam Al-Qur'an : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - (QS Al-Baqarah ayat 216)

Sungguh Maha Benar Allah atas segala firman-Nya. Bersyukurlah enti, kerna itu kunci pembuka Rahmat-Nya, Allah sedang mengetuk hatimu, lihatlah bagaimana Allah sangat mencintaimu enti, Allah sedang memanggilmu untuk segera kembali ke jalan yang di-Redhai-Nya.

Enti...

Ana uhibbuki enti fillah...

Ana menorehkan pesan ini kepada enti kerana Allah

Ana melihat keberadaanmu kerna Allah...

Dan kita dipertemukan kerana Allah, Insya Allah...

"Wassalamu'alaiki yaa Enti"







Wahai Mutiara Kehormatan


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ 
Wahai Mutiara Kehormatan  Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ



Mereka bertanya kepadaku..
Mengapakah engkau mengenakan niqab, wahai ukhti ?

Jawabku...
Kerana inilah pakaian yang ku pilih sebagai usaha melindungi diri..
Bukan atas dasar perhiasan ataupun peragaan.. 
Dan bukan juga atas dasar ikut-ikutan..

Aku mengenakannya kerna..
Aku memilih untuk mencegah dari mengubati..

Kerna ia membantu diriku..
Dengan izin dari Allahu Rabbul 'Alamin

Aku memilih mengenakannya kerana..
Aku ingin mentarbiyyah hati dan diri.. 
Agar malu menjadi pembenteng diri..
Agar ku lebih berhati-hati..
Untuk melakukan sesuatu..


Mereka bertanya lagi...
Tapi bukankah dirimu juga seorang wanita seperti kami ?
Yang ingin dipuji kecantikan itu ?
Lebih-lebih lagi pujian dari seorang lelaki ?

Dan bukankah kecantikan itu merupakan mahkota diri ?
Yang harus dipertontonkan kepada orang ramai ?
Dan tidak harus disembunyikan ?

Ya, aku juga seorang wanita sepertimu..
dan punyai fitrah yang sama denganmu..
Tapi.. cara kita sangat berbeza..

Engkau mengamalkan cara yang ditarbiyyah dari barat..
Yang mana kecantikan wanita wajib dipertontonkan..
Sehinggakan golongan kita telah menjadi bahan peragaan hari ini..

Manakala aku, 
Cuba untuk mengamalkan cara yang ditarbiyyah menurut islam..
Aku tidak suka dan tidak selesa apabila dipandang ajnabi.. 
Aku tidak membutuhkan pujian orang ramai..
Kerana itu semua tidak akan kekal lama..
Dan hanya menambahkan sifat-sifat ujub dan riya' dalam diriku..

Aku tidak ingin dipertontonkan..
dan aku tidak dicipta untuk menjadi bahan peragaan.. 

Kerana aku bukanlah barang dagangan..
Yang dicipta untuk menjadi pandangan umum..
Apatah lagi untuk disentuh..
Melainkan hanya yang halal buatku..


Ada apa kita di mata manusia ?
Dan adakah ia sama juga di mata Allah ?

Matlamat hidupku adalah untuk mendapat..
Redha, rahmat dan pujian dari Allah 
Matlamatku adalah untuk memperoleh rasa mahabbah Allah
Dan bukanlah untuk mendapatkan rasa mahabbah dari yang bukan halal bagiku..

Cukup..
Dan tidak perlulah..
Aku tidak membutuhkan semua itu..
Dan islam tidak pernah menyeru pengikutnya bersifat begitu..

Ya, ku akui..
Fitrah manusia menginginkan pujian..

Tapi.. cukuplah aku sekadar dipuji oleh keluarga yang menyayangiku..

Dan yang paling istimewa..
Pujian khas dihadiahkan untukku..
Daripada insan yang istimewa yang hadir dalam hidupku..
Yang dipilih Allah untukku..
Sebagai tuan kepada empunya diriku, tulang rusuknya..

Mereka bertanya kembali...
Bukankah masih terdapat ikhtilaf antara ulama' ?
Ada yang mengatakan niqab itu tidak wajib..
Wahai ukhti ?

Maka jawabku..
Benar, telah berlaku khilaf..
Ada pendapat yang mengatakan..
Diharuskan hawa membuka muka jika tidak menimbulkan fitnah..

Dan tahukah engkau ?
Bahawa terdapat juga ulama' yang telah sependapat..
Dengan qaul yang muktamad dan lebih afdhal..
Bahawa menutup muka bagi hawa itu adalah wajib ?
Kerana dalam sedar ataupun tidak..
Kita sekarang telah pun berada.. 
di zaman fitnah akhir zaman..



Maka, 
Aku telah membuat keputusan atas diriku..
Untuk lebih selamat dengan..
Berpegang dan beramal dengan..
Qaul yang muktamad dan yang lebih afdhal.. 

Aku cuba untuk menjauhi fitnah di akhir zaman.. 
Dan aku sedang berusaha dan bertawakkal..
Agar dikurniakan perlindungan oleh Allah

Jika makan, tidur, belajar dan segalanya..
Aku inginkan yang terbaik..
Dan cuba melakukannya sehabis baik..

Maka, dalam berpakaian juga..
Aku inginkan yang terbaik untukku..
Dan cuba berusaha sehabis baik..

Semoga hatiku kuat dan tekad..
Agar tetap istiqomah beramal dengannya..
Aminn ya Rabb





Selalu Merawat dan Memperbaiki Batin



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Pentingnya "Merawat dan Memperbaiki Batin". Dalam sebuah kisah sufi yang terkenal, tersebutlah sebuah kisah tentang seorang pemuda ahli ibadah (abid) dan seorang pencinta dunia.

Suatu hari, si abid memasuki hutan yang penuh dengan singa. Melihat kedatangan pemuda abid tadi, singa-singa di hutan itu merasa senang dan menyambutnya. 

Sementara itu, si pencinta dunia yang tatkala itu sedang berburu, baru saja memasuki hutan yang sama. Melihat kedatangan si pecinta dunia dan rombongannya, singa-singa itu mengaum dan menerkam sehingga mereka ketakutan.

Si abid melihat kejadian itu dan dia berusaha menenangkan singa-singa tersebut. Maka, berkatalah si abid kepada si pecinta dunia dan orang-orangnya setelah menenangkan singa-singa ini, "Kalian hanya memperbagus dan memperindah penampilan luar saja, maka kalian takut kepada singa." 

"Adapun kami, kami selalu memperbaiki dan memperbagus batin (penampilan dalaman) kami, maka kami takut kepada tuan kepada singa itu, iaitu Allah yang Maha Berkuasa, sehingga singa pun takut kepada kami."

Kisah ini memuat pelajaran penting tentang hati sebagai pusat kebaikan. Hati adalah ibarat Raja yang punya hak veto dalam memerintah seluruh anggota jasmani menuju perbuatan baik atau jahat.

Merawat Hati

Untuk merawat dan memperindah hati agar bercahaya, maka seseorang perlu terus-menerus mempertahankan dan mengamalkan kebaikan. Hati akan terus bersih, bening dan bercahaya jika terus dihindari, jauh dari debu-debu dengki, riya', sum'ah, takabbur, dan cubaan dijalani dengan ikhlas.

Memelihara hati bukanlah tugas yang sulit. Ini merupakan tugas yang wajib dilakukan setiap Muslim. Andai kata pun sulit atau mudah, itu harus dilakukan agar hati yang bersih berpendar dengan sinar kebaikan. 

Hati adalah wajahnya jiwa. Orang yang jiwanya baik, hatinya akan baik. Cara memperbaiki jiwa dengan memperbaiki hati.

Hati, dalam pandangan Imam Abdullah Al-Haddad adalah tempat penglihatan Allah. Sebelum yang lain, Allah melihat hati seseorang terlebih dahulu. Di sisi berbeda, anggota lahir badan kita menjadi tempat perhatian sesama makhluk yang acap dipandang dengan pandangan kekaguman.

Dalam sebuah doa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam, baginda mengatakan:
"Allahummaj'al Sariiratiy Khairan Min 'Alaaniyatiy Waj'al 'Alaaniyatiy Salihah." [Ya Allah, jadikanlah keadaan batinku (dalaman) lebih baik dari keadaan lahirku (luaran) baik.]

Inilah salah satu doa yang sering dipanjatkan oleh Nabi kepada Allah. Di dalamnya terkandung permintaan agar menjadikan suasana hati lebih bagus ketimbang keadaan lahir.

Persoalannya, mengapa nabi menitikberatkan pada batin atau hati? Imam abdullah menjawab: "Ketika hati baik, maka keadaan lahir (zahir/luaran) akan mengikuti kebaikan itu juga. 

Ini merupakan sebuah kepastian." Keyakinan ini didasarkan pada peringatan sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam sendiri: "Di dalam jasad ada sekerat daging jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." 
(HR Bukhari -Muslim)

Hati Sebagai Pusat Segalanya

Setiap orang pasti menyukai keindahan. Banyak orang yang memandang keindahan sebagai sumber pujian. Ribuan kilometer pun akan ditempuh demi mencari suasana dan pemandangan yang indah. Wang berjuta-juta akan dirogoh untuk mermperindah pakaian. Waktu akan disediakan demi membentuk tubuh yang indah.

Perhatikan bagaiamana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam yang meski pakaian baginda tidak bertabur bintang penghargaan, tanda jasa dan pangkat, tapi tidak berkurang kemuliaannya sepanjang waktu.

Rasulullah tidak menempuh ribuan kilo, merogoh harta demi singgahsana dari emas yang gemerlap, ataupun memiliki rumah yang megah dan indah. Akan tetapi, penghargaan terhadap beliau tidak luntur dan menyusut ditelan masa.

Beliau adalah orang yang sangat menjaga mutu keindahan dan kesucian hatinya. Kunci keindahan yang sesungguhnya adalah ketika kita mampu merawat serta memperhatikan kecantikan dan keindahan hati. Inilah pangkal kemuliaan sebenarnya.

Hati adalah penggerak, raja, poros, dan pusat segala ibadah. Hati yang thuma'ninah (tenang) akan dapat membuat orang ringan bangun malam, membaca Al-Qur'an, datang ke masjid, dan semua amal salih lainnya. Hati bisa mengajak kepada kebaikan sekaligus di saat yang sama bisa mengajak kepada kejahatan.

Salah Tafsir Soal Hati

Kita melihat tidak sedikit orang yang mempunyai anggapan bahawa melakukan maksiat tidaklah mengapa asalkan punyai hati yang baik. Anggapan dan keyakinan seperti ini jelas merupakan kesalahan besar. Lahir dan batin haruslah berimbang dan sama-sama baik. Seumpama makanan, ia akan diminati orang jika isi dan bungkusnya baik.

Hati yang Bersih Tidak Membutuh Pujian 

Kebaikan yang dibuat-buat juga harus dihindari. Ada orang yang berpura-pura berjalan membungkuk, mengenakan tasbih, pakaiannya pakaian orang saleh. Di balik semua ini, apabila melihat pula dalam batinnya, tertanam rasa cinta dunia mengakar kuat, keangkuhan, kebanggaan pada diri sendiri, serta kegilaan pada pujian. Menurut Imam Abdullah, orang semacam ini adalah orang yang berpaling dari Allah.

Dalam sebuah peristiwa, Saidina Umar r.a. melihat seorang yang berjalan di hadapannya dengan membungkuk sebagai bentuk ketawadhu'an. Melihat ini, Saidina Umar berkata, "Takwa itu bukan dengan cara membungkukkan badanmu. Takwa itu ada di dalam hati."  

Jika Tidak Mampu Memperbaiki Batin

Bagaimana jika seseorang tidak mampu memperbaiki batin lebih dari keadaan lahirnya? Menurut Imam Abdullah Al-Haddad, hendaknya ia menyamakan kebaikan lahir dan batin meski idealnya meningkatkan kebaikan batin lebih diutamakan dan disukai.

Orang yang memiliki hati yang bersih, tak pernah absen bersyukur kepada Allah, Penguasa jagat alam raya ini. Peribadinya menyimpan mutu dan pesona. Tak mudah jatuh dalam kesombongan dan kepongahan di kala merebut sesuatu namun tetap istiqamah tunduk pada Allah.

Orang yang mempunyai hati yang baik akan terus bersikap rendah hati walaupun berpangkat tinggi dan harta melimpah.

Bersihkanlah hati ini, beningkanlah dari segala kotoran, isilah dengan sifat-sifat yang baik agar ia tetap terang benderang, bersinar dan bercahaya serta selalu cenderung kepada kebaikan dan takwa.

Penulis staf pengajar di Ponpes. Darut Tauhid, Malang-Jawa Timur
Dikutip dan Ringkas oleh situs Dakwah Syariah
Red: Cholis Akbar





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...