Pages

Monday 20 February 2012

Kerana Saya Terlalu Mencintai Wanita


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Pada suatu hari telah berlaku sebuah perbualan....


Perempuan : Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun kita dah lama berkawan?

Lelaki : Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya apabila sampai masanya (melihat hanya untuk melamar).

Perempuan : Kenapa awak tak pernah minta nombor fon saya?

Lelaki : Itu mungin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.

Perempuan : Kenapa awak tak pernah puji saya macam lelaki-lelaki lain puji kekasih mereka?

Lelaki : Puji-pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa.

Perempuan : Kenapa awak tidak seperti lelaki lain yang selalu bergurau senda dengan perempuan?

Lelaki : Rasulullah SAW tidak pernah bergurau dengan mana-mana perempuan yang bukan mahram, kecuali isteri-isterinya sahaja.

Perempuan : Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan-perempuan yang cuba untuk kenal dengan awak?

Lelaki : Umar al-Khattab seorang yang tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. Jika saya bersikap terlalu mesra, perempuan-perempuan akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Kerana saya terlalu mencintai wanita dan sebab itulah saya tak mahu mengecewakan mereka. Allah lebih mengerti. Wassalam...

Perempuan : Allahu Akbar... Ini pertama kali saya jumpa lelaki seperti awak. 





2 comments:

  1. hebat betul lelaki ni, kalaulah ana dapat jadi macam die.. ke ini hanya rekaan semata-mata? huhu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah bukan rekaan..
    lelaki mcm ni memang wujud, cuma susah nak dijumpai lg dlm dunia mutaakhirin harini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...