Pages

Wednesday 18 January 2012

Hanya Untuk Suami..



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki yang tidak halal untukku di luar sana. Tetapi biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian dan bahan untuk memuaskan nafsu mereka andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milikmu, syurgaku. Aku tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Maruah dan mahkotaku akan ku pelihara sebaiknya buat yang selayaknya untukku kelak.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? 
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Kerana Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia untukmu..suamiku.

Akan ku taat perintahmu yang tidak bercanggah dengan syariat Allah. Kerana inilah arahan Ilahi kepada hambaNya yang bergelar Hawa. Dan tidak akan sekali-kali ku taat perintahmu jika ini bukan arahan dariNya. 

Aku ciptaanNya. Dan dirimu juga adalah ciptaanNya. Maka, Allah arahkan ku untuk patuh kepadamu (selagi tidak bercanggah dengan syariatNya) kerana hanya Allah yang layak disembah dan hanya Dia lah yang lebih arif dengan ciptaanNya. 


  
  Ya Allah..
  Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
  Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
  Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
  Maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Ameen


Sumber : diarihati.com




7 comments:

  1. insyaAllah..
    jaga diri sahabatku..
    yakin dgn janji Allah..
    bila menjaga..
    kadang2 mgkin orang akan cakap kita syadid..
    atau kadang2 juga mgkin orang akn cakap kita sombong..
    biarlah..
    kita lebih kenal diri kita..
    ~enjoy life skrg ok..! bila tiba masanya jodoh akan dtg dgn sendirinya..insyaAllah..berdoalah agar lelaki yang baik milik ukhti namirah..^_^

    ReplyDelete
  2. ibnu darwin: insyaallah..amin..syukran..

    mimie : insyaallah..
    syukran ya sahabati..atas nasihat yg di sharekn utk ana..akan ana hadamkn..saja ana edit cikit n sharekn kat blog apa yg ana trbaca dr diarihati.com...

    ~insyaallah Allah sentiasa mendengar doa hambaNya..ukhti mimie pun jgn lupa doa yer..agar dikurniakn Allah lelaki yg baik.. (^_^)

    ~ana petik kata2 dr Saidina Ali "Sebaik-baik sifat wanita adalah seburuk-seburuk sifat lelaki iaitu sombong, bakhil dan pengecut. Bila wanita itu sombong, ia tidak akan membiarkan dirinya diganggu. Bila ia bakhil, ia akan menjimatkan hartanya dan harta suaminya. Dan bila ia pengecut, ia akan takut kepada segala sesuatu yang ditawarkan kepadanya."

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  3. input yang menarik..smoga berterusan...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...