Pages

Monday, 26 December 2011

Pohon Semalu dan Wanita

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Apakah kaitannya? Antara pohon semalu dan wanita?
Inilah ceritanya.



Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Pohon Semalu


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.




Lembut wanita itu kerana senyumannya..
Cekal wanita itu kerana beraninya..
Patuh wanita itu kerana kesetiaannya..
Sabar wanita itu kerana imannya..
Kasih wanita itu kerana belaiannya..
Lemah wanita itu kerana air matanya..
Ikhlas wanita itu kerana simpatinya..
Pendam wanita itu kerana cemburunya..
Sayang wanita itu kerana sikap keibuannya..


Tanpa wanita lelaki menjadi lemah..

Dan kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…


7 comments:

  1. indahnya seorang wanita solehah =)

    ReplyDelete
  2. betul. tp, bukan semua wanita boleh jadi wanita solehah. lebih2 lg di akhir zaman sekarang. kerana mereka susah didapati. dan yg menyedihkn lg, angka wanitalah yg paling ramai di neraka Allah :-(

    ReplyDelete
  3. nice blog nami.. semoga semua post boleh mberi manfaat kpd org lain.. insyaAllah

    ReplyDelete
  4. i love your blog, please do post some more :) moga2 ramai kaum hawa di seluruh dunia dapat menjadi wanita solehah dan strusnya dapat jadi bidadari syurga di sana, insya-Allah...

    ReplyDelete
  5. to it's me, xxx: thanks :) insyaALLAH mudah2an doa kita semua didengari & dimakbulkn Allah, setelah kita cuba menjadi hambaNya yg terbaik. Amin...

    ReplyDelete
  6. نور سكينة29 March 2012 at 12:04

    (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...