Pages

Wednesday, 25 January 2012

Kolam Kauthar Rasulullah SAW



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus



Satu kisah . . 
yang diriwayatkan . . 
Hadis oleh Imam Malik . . 
Para sahabat bertanya mengenai cara
bagaimana Rasulullah dapat kenali umat baginda . .
terutama sekali umat akan datang . .
yang tidak pernah ditatap wajahnya . . 


Panggilan lembut oleh Nabi SAW kepada umat baginda  
" Halumma " ~ Mari . .
untuk meminum kolam al-Kauthar nabi

Tiba-tiba mereka disekat oleh para malaikat . . 
Rasulullah mempersoalkannya . .

Mengapakah mereka disekat . . ?

Perdengarkanlah jawapan dari para Malaikat . .
kepada persoalan tersebut . .

Wallahua'lam . .
  





Sunday, 22 January 2012

Luahan Hati Seorang Suami..


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

Kisah ini amat menyentuh hati. Selamat membaca (^_^)

by Ustaz Nasir on Thursday, January 5, 2012 at 4:01 pm

Assalamualaikum....

Ke hadapan ustaz yg saya hormati...saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini...tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini...ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun....

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai. dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih yg amat saya  cintai itu. 

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz...isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:"Abang dah makan.. ? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?"

Ustaz...pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya..."Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!! satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila...Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya...tetapi rupa-rupanya.....dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi ke mulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai...

Ustaz saya bertambah lupa daratan...saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz....pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya...tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan...tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya...menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz.....saya ...kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz....ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati....hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat...tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya...."Abang saya dah lama maafkan abang...saya sayangkan abang".berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya...sambil airmata ini tidak berhenti-henti mengalir.

" Jangan menangis bang....bukan salah abang....mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang..." Berdentum ....seolah-olah hati saya disambar halilintar...saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri...ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz.....isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis ...sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. 

Ustaz...tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospotal...isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ni saya meraung semahu-mahunya...menyesal di atas kekasaran yang pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram...apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini... ? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk kepada isteri akan diampunkan Allah....tolonglah ustaz saya amat menderita.....jiwa saya terseksa.....

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya.."abang...jagalah diri baik-baik...jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah.....dan jika bertemu dengan insan bernama isteri.....jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya."

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir...dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya.... 

Di dalam nota itu dia menulis "Abang..dengarlah lagu ini dan saya selalu... Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah...saya teringin sangat nak makan bersama abang.....mendengar cerita abang....menyambut abang pulang dari kerja....bergurau dan bermanja dengan abang.....memeluk abang ketika tidur.....tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya...jaga diri...sayang abang....selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan panjang pada ustaz....kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih...ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang...

Ustaz....saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami....sayangilah isteri anda....selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu...janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan...pasti anda akan menyesal tak sudah....

Terima kasih ustaz....doakan saya........

*************************************************************
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini....memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca... tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak.....dengarkanlah senikatanya.......tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR,SAYANGI ISTERI2 ANDA..








Wednesday, 18 January 2012

Hanya Untuk Suami..



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki yang tidak halal untukku di luar sana. Tetapi biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian dan bahan untuk memuaskan nafsu mereka andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milikmu, syurgaku. Aku tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Maruah dan mahkotaku akan ku pelihara sebaiknya buat yang selayaknya untukku kelak.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? 
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Kerana Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia untukmu..suamiku.

Akan ku taat perintahmu yang tidak bercanggah dengan syariat Allah. Kerana inilah arahan Ilahi kepada hambaNya yang bergelar Hawa. Dan tidak akan sekali-kali ku taat perintahmu jika ini bukan arahan dariNya. 

Aku ciptaanNya. Dan dirimu juga adalah ciptaanNya. Maka, Allah arahkan ku untuk patuh kepadamu (selagi tidak bercanggah dengan syariatNya) kerana hanya Allah yang layak disembah dan hanya Dia lah yang lebih arif dengan ciptaanNya. 


  
  Ya Allah..
  Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
  Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
  Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
  Maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Ameen


Sumber : diarihati.com




Saturday, 14 January 2012

Syirik Akbar wa Syirik Asghar


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Perkongsian pada kali ini adalah sedikit santapan rohani daripada
Kuliyyah Tuan Guru Haji Hadi

video

Makanan rohani kali ini membicarakan..
Undang2 Allah wajib manusia turuti..
Tiada hukum yang lebih baik daripada hukum Allah

Islam bukan sekadar mengucap kalimah syahadah di bibir..
Mempermainkan hukum Allah ialah syirik Akbar (syirik besar)
Perbahasan ilmu tasauf ~ 
Belajar cara untuk membuang syirik asghar (syirik kecil dalam hati)
Syirik asghar ~ syirik yang menghapuskan pahala

Maksud dalam Hadis Rasulullah:
Antara 3 jenis manusia dibawa menghadap Allah
Orang 'alim, Orang yang berjihad & Orang kaya..
Diheret ke neraka Allah
Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah
Tetapi kerana ingin riya' kepada manusia
+ sifat ujub dalam diri
(syirik kecil dalam hati manusia)

Manusia itu selalu memungkiri janji
janji dengan Allah
(syahadah)

Allahu Akbar!!
Mari mengkoreksi diri..
Mari bersidang di mahkamah hati..
Berhati-hatilah dengan syirik asghar..

Adakah setiap perbuatan kita tidak langsung berniat untuk
meminta perhatian orang
dan berbangga dengan kelebihan diri ?

Tepuk dada, tanyalah iman..
Wallahua'lam..



Tuesday, 10 January 2012

Hawa Nafsu


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Post pada kali ini bercerita pula tentang perkara yang kelihatan seperti simple, tapi sebenarnya perkara inilah yang sedikit demi sedikit memakan diri sendiri kalau tidak berjaya dikawal dengan baik. Itulah dia 'si nafsu' yang sangat rakus.

Hawa nafsu adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu, baik berupa kebaikan atau keburukan. Setiap ayat Al-Qur'an yang menyebut tentang hawa nafsu, selalu dalam bentuk pencelaan, di samping mengingatkan agar kita tidak mengikuti dan cenderung kepadanya. 

Demikian halnya dengan Hadis Nabawi, jika berbicara mengenai hawa nafsu senantiasa mengatakannya sebagai hal yang tercela. Kecuali pada sebahagian hadis, misalnya sabda Rasulullah S.A.W., "Tidaklah beriman salah seorang dari kalian, sehingga hawa nafsunya tunduk terhadap apa yang aku bawa." 

Hawa nafsu adalah sesembahan selain Allah yang paling buruk. Nabi S.A.W bersabda, "Di kolong langit ini, tidak ada tuhan yang disembah yang lebih besar dalam pandangan Allah selain dari hawa nafsu yang dituruti." (HR. Ahmad) 

Yang demikian itu, kerana hawa nafsu mampu mengubah banyak jiwa manusia; daripada baik menjadi buruk, daripada adil menjadi zalim, daripada tauhid menjadi syirik, daripada lurus menjadi bengkok, dan daripada sunnah menjadi bid'ah. 

Oleh sebab itu, para ahli bid'ah disebut dengan 'hamba hawa nafsu'. 

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" 
(Al Jatsiyah: 23). 

"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadikan pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)." (Al Furqan: 43-44) 

Dalam Al Qur'an terkadang Allah Ta'ala mengumpamakan para ahli bid'ah dan yang selalu memperturutkan hawa nafsunya dengan anjing, keldai atau dengan binatang ternak. 

"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. 

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). 

Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim." (Al A'raf : 175-177).

Di ayat lain Allah Ta'ala berfirman: "Seakan-akan mereka itu keldai liar yang lari terkejut, lari dari singa."(Al Mudatstsir: 50-51) 

Allah Ta'ala memperingatkan nabi-Nya Muhammad S.A.W. supaya tidak menuruti hawa nafsu orang-orang musyrik. 

Allah Ta'ala berfirman, "Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama itu) dan tetaplah sebagaimana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah : "Aku beriman kepada semua kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil antara kamu sekalian." (Asy-Syura: 15) 

Juga agar tidak mengikuti hawa nafsu orang-orang yahudi dan nasrani. "Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." 

Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)." Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al Baqarah: 120) 

Selanjutnya Allah menjelaskan penyimpangan dan kebejatan orang-orang musyrik dalam firmanNya, 

"Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka. Dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah: 145) 

Allah memerintahkan melalui kitab dan lisan RasulNya, agar kita menentukan hukum antara manusia dengan adil. Di samping memperingatkan kita agar tidak mengikuti hawa nafsu dengan cenderung kepada salah seorang yang berselisih secara tidak benar. 

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan."(An Nisa': 135) 

Allah memberitahukan bahawa mengikuti hawa nafsu akan menyesatkan seseorang dari jalanNya. 

"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, maka ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah." (Shad :26) 

Kemudian Allah menjelaskan kesudahan orang-orang yang tersesat dari jalanNya, dengan firmanNya, "Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Shad: 26) 

Dalam Al Musnad dijelaskan bahawa Anas r.a. berkata, Rasul S.A.W. bersabda, "Ada tiga buah perkara yang membinasakan dan tiga perkara lain yang menyelamatkan. Adapun yang membinasakan iaitu; kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, dan 'ujub (bangga) terhadap diri sendiri. Sedangkan yang menyelamatkan iaitu bertakwa kepada Allah, baik dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, adil ketika marah atau redha (senang) dan berlaku sederhana, baik ketika miskin atau kaya." 

Ibnul Qayyim dalam kitabnya Raudhatul Muhibbin menyebutkan, "Sesungguhnya orang yang mengikuti hawa nafsunya tidak berhak untuk ditaati, tidak boleh menjadi imam dan tidak boleh diikuti. Allah Ta'ala memecatnya dari imamah (kepemimpinan), serta melarang kita mentaatinya." 

Adapun pemecatannya dari imamah adalah berdasarkan firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia," 

Ibrahim berkata: (Dan saya mohon juga) dari keturunanku. Allah berfirman: "JanjiKu ini tidak mengenai orang-orang yang zalim."(Al Baqarah:124) 

Dan setiap orang yang mengikuti hawa nafsunya tanpa diragukan lagi, ia adalah termasuk orang-orang yang zalim. Allah berfirman, "Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan." (Ar Ruum: 29)

Adapun larangan mentaati orang yang mengikuti hawa nafsu terdapat dalam firman Allah, "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas." (Al Kahfi:28) 

Dalam kitab yang sama, Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya hawa nafsu itu adalah suatu larangan, yang dengannya sekeliling neraka Jahannam dikitari. Maka barang siapa terjerumus ke dalam hawa nafsu maka ia terjerumus ke dalam api Jahannam. 

Disebutkan dalam Shahihain, bahawasanya Rasul S.A.W. bersabda, "Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang dibenci dan neraka itu dikelilingi dengan berbagai (nafsu) syahwat." 

Dalam sebuah hadis marfu' dari Abu Hurairah diriwayatkan, "Ketika Allah menciptakan syurga, Allah telah mengutus Jibril ke sana. 

Allah berfirman, "Lihatlah ke sana dan lihatlah apa-apa yang Aku sediakan untuk para penghuninya." Lalu Jibril mendatangi dan melihatnya, juga melihat apa yang disediakan Allah untuk para penghuninya, lalu ia berkata, "Demi kemuliaan dan keagunganMu, tidaklah salah seorang dari hambaMu mendengar tentang beritanya kecuali (akan) memasukinya." 

Kemudian Allah memerintahkannya (syurga) sehingga ia dikelilingi dengan hal-hal yang dibenci, lalu Allah berfirman kepada Jibril, "Kembalilah dan lihatlah syurga." lalu ia kembali dan melihat kepadanya, sedang ia telah dikelilingi dengan hal-hal yang dibenci, maka Jibril berkata, "Demi kemuliaan dan keagunganMu, sungguh aku takut tidak seorangpun akan memasukinya. 

Lalu Allah berfirman kepadanya, "Pergilah ke neraka dan lihatlah ia sekaligus apa yang Kusediakan untuk para penghuninya." 

Lalu Jibril datang melihat neraka dan apa yang disediakan untuk para penghuninya. Neraka itu sebahagiannya tersusun atas sebagian yang lain, ia lalu berkata, "Demi kemuliaan dan kebesaranMu, tidaklah seseorang mendengar tentangnya kemudian (mahu) memasukinya." 

Kemudian Allah menyuruhnya, lalu neraka itu dikelillingi dengan (nafsu) syahwat, lalu Allah berfirman kepada Jibril, "Kembali dan lihatlah padanya. " 

Kemudian Jibril kembali melihat neraka, lalu ia berkata, "Demi kemuliaan dan keagunganMu, sungguh aku takut tidak seorangpun akan selamat daripadanya." Imam Tirmidzi berkata, hadis ini adalah hasan sohih.

Ibnul Qayyim dalam soal keutamaan melawan hawa nafsu berkomentar, "Sesungguhnya melawan hawa nafsu bagi seorang hamba melahirkan suatu kekuatan di badan, hati dan lisannya." 

Sebagian salaf berkata, "Orang yang boleh mengalahkan nafsunya lebih kuat daripada orang yang menakluk sebuah kota dengan seorang diri." 

Dalam hadis sahih disebutkan, "Tidaklah orang yang kuat itu yang menang dalam bergulat, tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menguasai hawa nafsunya ketika ia marah." 

Semoga Allah menjauhkan kita dari kesalahan, kealpaan dan cinta kepada hawa nafsu. Semoga pula Ia menjadikan kita di antara orang-orang yang takut dan bertakwa kepadaNya. Amin ....




Sumber : 
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia





Friday, 6 January 2012

Wasiat Tariqat


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


Suatu ketika, Ibrahim bin Adham, wali Allah telah dikunjungi oleh beberapa orang tetamu wakil guru Tariqat, lalu beliau berkata kepada mereka, "Berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah." 

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara."


Orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

Orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.

Orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

Orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat Husnul Khaatimahnya.

Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya..

Orang yang memilih berkawan dengan orang zalim, janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

Orang yang mencari kerelaan manusia, janganlah harapkan sangat keredhaan Allah daripadanya.



Sumber: Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia


Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu..


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 

Sebuah komik yang diadaptasi dari kisah benar, mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah.



A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamps's flame. 



In the same locality, a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..

The young lady could find no place of refuge except this very mosque.




When the student saw her , he ordered her to leave immediately.

He told her "it is not appropriate for you to remain here then this will be a cause for my disgrace, they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid, I fear that I would be dishonored.




Upon hearing this words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.






While studying, he would momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.





The young lady had been carefully observing this.




Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. "The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home." The young lady said, "I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp." The student said, "You should not concern yourself with that."   





Nevertheless, the young lady persisted in her request. The student finally said, "The devil repeatedly whispered into my heart and encouraged me to do evil with you. Hence, I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:




"When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum? ...Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.


 

She was the daughter of a wealthy person and she was about to be engaged to the son of another wealthy person.




After this incident she refused the proposal and said, "I desire to marry a certain student who lives in such and such a mosque." Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident and said "I will only marry him because he has the fear of Allah in heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone."


 




Finally, they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons: Beauty, Wealth,

 

Social status, and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth-


Dipetik dari CahayaIslam.net 

Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.


Wednesday, 4 January 2012

Apabila Runtuhnya Hijab Antara Adam dan Hawa..


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم 


Perkongsian pada kali ini hanya 
untuk memaparkan video yang boleh dijadikan 
pengajaran serta iktibar kpd kita semua, 
agar kita lebih berhati-hati dalam 
pergaulan antara berlainan jantina (ikhtilat)
supaya kita tidak mengundang kemurkaan ALLAH


Saksikan..
dan selamat beramal..


video



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...