Pages

Saturday 26 May 2012

Muslimah, Mengapa Menjadi Peragaan??


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Assalamualaikum...

Mengapa ana berniqab..?
Mengapa tidak mempamerkan gambar di laman sosial..? 

Terlebih dahulu, sebelum bait berbicara terus menari-nari bersama rentak jemari yang lancar pada papan kekunci ini, ana ingin memohohon kemaafan kepada semua muslimah yang membaca coretan ini, yang terasa hati dengan ayat-ayat yang tercoret ini. Terutama sekali kepada muslimah niqabi..

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu serta janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu, dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (Surah al-Ahzab : 33)

Ana bukan berniat untuk mencari kesalahan kalian, tetapi sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri dan luahan hati nisa' niqabi yang benar-benar menjaga syariat di dalam berpakaian..

Pada awalnya ana meng upload gambar ana sebagai gambar profile, kerana gambar yang di upload itu adalah sememangnya diri ana disamping gambar tersebut juga mempamerkan 'kesolehan' diri. Kerana fitrah manusia itu inginkan kebaikan. Tetapi, ketika itu ana alpa dan lalai pada diri, bahawa apakah kesan yang bakal terjadi sekiranya ana berbuat demikian...

Setelah gambar di upload, banyaklah friend request yang ana terima. Dan kebayakannya adalah dari golongan muslimin, yang kebanyakannya sedang menuntut di Mesir, Jordan dan negara-negara anbiya yang lain, pelajar-pelajar pondok, pelajar-pelajar dari aliran agama dan juga tahfiz. Ramai yang memuji dan sehinggakan ada yang berani melamar ana di dalam laman sosial fb...

Ana tidak accept friend request mereka. Sebaliknya, bermuhasabah adakah perkara yang dilakukan benar dan tidak melanggar syariat. Dalam masa yang sama, ana tidak mahu menjadi fitnah kepada kaum Adam, dek kerana ana yang meletakkan gambar profile di fb. Tambahan pula, ana tidak mahu mendidik diri dengan sifat riak, 'ujub, sum'ah dan juga sifat takabbur pada diri sendiri, dek kerana menerima banyak friend request dan dipuji orang. 

Jika dulu, ana telahpun menjadi asbab dan fitnah kepada ajnabi. Dan kerana itu jugalah merupakan salah satunya asbab. Maka, ana ingin memelihara diri dan memilih jalan ini untuk berniqab. Dan di saat itu, ana bertekad tidak mahu mengulanginya lagi menjadi fitnah buat kali kedua. Tetapi, sayangnya ana telahpun menjadi fitnah buat kali kedua setelah menempah dosa meletakkan gambar di laman sosial. Dan sampai bilakah diri ini menjadi fitnah..?? 

Sejak daripada itu, peristiwa demi peristiwa, ana telah melakukan khilaf dan bertekad untuk mem privatekan album dan delete semula gambar tersebut. Dan kembali membetulkan semula niat sebenar ber fb dan niat sebenar ber niqab. Di situ terdapat sedikit kesedaran pada diri bahawa tindakan ana meletakkan gambar sendiri di fb (walaupun menutup aurat), adalah satu tindakan yang kurang bijak dan seolah-olah ana sengaja merendahkan martabat diri sebagai seorang niqabi. Disitulah berputiknya niat ana, "sahaja aku berniqab kerana Allah dan bukanlah kerana ingin dipuji manusia". 

Maka, di sini ana belajar satu perkara, bahawa semua manusia itu tidak lari dari berbuat kesilapan. Walaupun seorang niqabi, tidak semestinya semua tindakan yang dilakukan adalah benar belaka. Apabila telah berniqab (cuba melakukan perkara yang paling baik yang disukai Allah), maka semestinya juga perlu menghindari kemurkaan-Nya. 

Boleh jadi ana boleh terjebak kepada maksiat seperti zina hati dan zina mata. Apabila ajnabi melihat gambar itu, walaupun bertutup rapi dengan aurat yang terjaga, muslimin yang berkeinginan untuk memperisterikan seorang niqabi akan merenung gambar itu kerana perasaan hati yang mula teruja dek kerana sekeping gambar..

Justeru itu, selepas men delete semua gambar ana, Allah tunjukkan kepada ana bagaimana kecewanya apabila nisa' niqabi sesuka hatinya meletakkan gambar ke dalam laman sosial tanpa di private kannya. Malah, sampaikan ada muslimin yang melambung tinggi pujiannya. Sedar ataupun tidak, apabila ada muslimin yang memuji dengan menyatakan :

"Anti nampak solehah"
"Ana menginginkan zaujah seperti ini"
"Sejuknya mata memandang"
"Tenangnya melihat kamu" 
"Comelnya enti berniqab"
"Manisnya melihat awak"


Muslimah, sekadar menerima pujian seperti ini, adakah pahala kalian dapat meningkat..?Adakah iman kalian semakin bertambah..? Adakah Allah semakin menyayangi kalian..?

Tanpa disedari, hati niqabi yang mendapat kata-kata seperti itu dari muslimin, akan melonjak gembira kerana diri telah berjaya menarik perhatian ajnabi yang mungkin pada pandangan muslimah itu tergolong dalam kalangan 'soleh'. 

Oleh itu, mereka akan semakin rancak untuk meng upload gambar-gambar mereka semata-mata ingin mendapatkan lagi kata-kata pujian seperti itu. Malah, apabila ada niqabi yang rasa bertanggungjawab untuk menegur silapnya muslimah itu, pada awalnya niqabi yang ditegur seolah-olah mampu menerima teguran itu, tapi hakikatnya hatinya langsung tidak terusik, walaupun muslimah yang menegur itu mengatakan "Martabat enti menjadi rendah apabila mempamerkan gambar niqabi enti dengan sengaja", "Relakah enti membiarkan diri mendapat pujian murahan daripada muslimin yang bukannya zauj enti?"

Ya, benar hadis Rasulullah yang mengatakan bahawa seindah hiasan dunia itu adalah wanita solehah. Dan, wanita solehah tidak membiarkan dirinya menjadi peragaan, buat tatapan umum, lebih-lebih lagi, buat tatapan ajnabi. 

Itulah hakikatnya kehidupan sekarang. Ramai yang mula tergerak untuk berniqab, tetapi sedarkah mereka tujuan sebenarnya mereka berniqab? Sekarang, berniqab boleh dikatakan, dianggap sebagai satu budaya atau trend dan menjadi ikut-ikutan, bukan dipakai kerana ingin mengelak daripada dipandang ajnabi, sebaliknya di upload gambar pula lagi, agar dilihat dan menunggu pujian, lebih-lebih lagi pujian dari ajnabi.. Allahurabbi..

Adakah kalian berniqab kerana ingin dipandang sebagai muslimah solehah....?

Adakah kalian berniqab kerana ingin menarik perhatian ajnabi soleh...?

Adakah kalian berniqab kerana mahukan pandangan yang baik di kaca mata manusia...?

Seandainya kalian menjawab ya, untuk semua soalan ini, sebaiknya kalian batalkanlah dan jangan meneruskan niat kalian untuk berniqab kerana manusia, kerana kesannya akan menimpa juga kepada niqabi yang berniqab kerana Allah S.W.T. 

Tindakan kalian akan membuatkan pandangan negatif masyarakat kepada golongan niqabi..

"Dan apabila kamu ingin meminta sesuatu daripada isteri-isteri nabi, maka minta di sebalik tabir" (Surah al-Ahzab : 53)

Firman di atas merujuk kepada para sahabat. Perkataan 'isteri-isteri nabi' pula merujuk kepada semua wanita yang ada. Ingatlah wahai muslimah sekalian, kalian tidak sepatutnya mempamerkan diri kalian kerana apabila ia dilakukan dengan sengaja, semua itu akan jatuh hukum HARAM. Nauzubillahi minzalik !! Kalian mahu mencari redha Allah atau murka Allah ? 

Inginkah kalian seandainya ada Adam yang tewas kerana kalian...?

Inginkah kalian seandainya keimanan mereka tergugat dek kerana melihat dan menatap gambar kalian dengan penuh minat dan keinginan...?

Pastinya tak nak, bukan..?

Seandainya tak nak, mengapa perlu mempamerkan gambar solehah kalian di dalam laman sosial dan sebagainya...?

Fikir-fikirkanlah jauh ke hadapan, duhai niqabi sekalian..

Adakah kalian ingin mencari dan menagih pujian manusia, dan mengundang murka Allah..?
Ataupun, kalian ingin mencari dan menagih pujian Allah yang sebenar-benarnya..?
Renung-renungkanlah...

Apabila kalian tersedar dari mimpi ini, kalian akan terasa sangat menyesali tindakan ini..

Duhai niqabi sekalian, 
Ana ingin berkongsi pendapat seorang ustaz, yang sangat soleh orangnya... Alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang zaujah yang sangat solehah kerana kesolehan dirinya.. Ana berbincang panjang dengannya tentang nisa' niqabi sekarang dan bagaikan berteka-teki beliau bertanya kembali kepada ana...

"Antara permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi, yang mana enti nak beli?"

Tanpa berfikir panjang, pastinya ana menjawab permata yang tersembunyi. 

Apabila ana menjawab sedemikian, ada sebaris senyuman terukir di bibir ustaz dan zaujahnya..

Lantas dia menjawab, 
"Seandainya itu jawapan enti, begitu jugalah jawapan kami.." 

Ana bagaikan terpinga-pinga pada mulanya..

Ustaz menerangkan lagi, 
"Permata yang terdedah sering dilihat orang, manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat orang. Maknanya, permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya, berbanding permata yang terpamer. Justeru itu, permata yang terdedah dan permata yang tersembunyi boleh dikaitkan dengan niqabi yang mempamerkan diri dengan sengaja, dan niqabi yang sangat menyembunyikan dirinya...

Niqabi yang mempamerkan dirinya dengan sengaja, seperti di laman sosial itu, dirinya sendiri sebenarnya telah membuatkan ajnabi yang benar-benar menjaga imannya menganggap nisa' itu tidak begitu bernilai, walaupun berniqab. 

Sebaliknya, niqabi yang tidak mempamerkan dirinya dengan sengaja, walaupun mempunyai akaun fb sendiri, namun dirinya dijaga, tidak dibiarkan terpamer di dunia realiti, apatah lagi di dunia maya. Itulah permata nisa' yang sangat tinggi nilaiannya. Mungkin ya, akan ada yang menyatakan mereka 'solehah' tetapi, sebagai seorang muslimin, ana tahu bagaimana hati muslimin itu berbicara. Percayalah... Lebih baik tersembunyi daripada terdedah kerana kelak nisa' yang tersembunyi itulah yang menjadi pilihan dan idaman semua muslimin daripada nisa' yang terpamer..

Tidak ada muslimin yang ingikan seorang zaujah yang suka menonjolkan diri, kerna bagi setiap muslimin, seandainya zaujahnya terlalu menonjol, kelak hati mereka sendiri yang akan sengsara kerna si jantung hati mempunyai ramai peminat. Dan ingatlah... seandainya berniqab tapi mempamerkan diri sesuka hati tanpa memikirkan kesannya, mereka itu bukanlah golongan muslimah, sebaliknya perempuan. 

Fahamilah perbezaan 'perempuan' dan 'muslimah' adalah dua kelompok nisa' yang berbeza. Kalau nisa' itu tidak berniqab, dan berjilbab labuh, tapi dia menjaga apa yang telah Islam tetapkan, nisa' itu tergolong dalam kelompok 'muslimah'. Tapi, seandainya nisa' itu berniqab, berjilbab labuh, semuanya dia menjaga, kecuali suka mempamerkan diri di hadapan khalayak terutamanya di laman maya, nisa' itu sudah pun tergolong dalam kalangan 'perempuan' sahaja, bukan 'muslimah' seperti yang dinyatakan. Melainkan, gambarnya perlu dipamerkan ke alam maya demi tujuan berdakwah. Maka, nisa' tersebut masih lagi dikatakan sebagai 'muslimah'. Wallahua'lam..."

Selesai ustaz berbicara, hati ana tersentak bagaikan terdapat manik-manik jernih mula menakung di persisiran 'pantai'...


Ya Allah... Begitu rupanya... Terasa sangat insaf dan begitu khilaf...

Allah telah menyedarkan ana sebelum ana hanyut diulik bisikan syaitan yang terus membisik dan meracuni anak cucu Adam dan Hawa...

Dengarilah duhai anak-anak solehah..
Muhasabahkanlah kembali apa tujuan kalian berniqab...
Begitu juga muslimah yang tidak berniqab yang mempamerkan dirinya di laman sosial..
Sedih hati ana setiap kali melihat gambar kalian terpampar begitu sahaja..
Gelisah ana apabila ada muslimin yang memberi bicara seperti ini, 

Dengarilah wahai mujahidah..
Tiada guna diri terpamer cantik di hadapan masyarakat, tapi tidak cantik di hadapan Allah.. Pandangan manusia sekadar di dunia, tetapi pandangan Allah membawa ke syurga..
Renungilah..

Akhir qalam dari ana, 
Sebagai hamba ALLAH yang dhoif, maafkan ana seandainya bicara ini mengguris hati..
Tujuan ana hanya ingin kalian berfikir panjang...
Kalian sebenarnya merendahkan martabat diri kalian sebagai niqabi.. 
Kerana mempamerkan diri kalian dengan sengaja..
Kalian seorang gadis, sepatutnya ia dijaga rapi dan bukan didedah sesuka hati..
Seandainya kalian seorang zaujah, ana tak kisah kerana hak kebenaran untuk mempamerkan itu ada pada zauj kalian..
Dan renungilah sedikit sebanyak bicara ustaz ana..
Mahukah kalian tergolong dalam kalangan berniqab, tapi bukan muslimah..?

Renung-renungkanlah...


Maka, wahai muslimah sekalian, sekiranya entum ingin menjaga hati, maka tidak perlulah melakukan sesuatu yang boleh membuatkan goyahnya iman ajnabi dan terganggunya iman entum (dengan pujian ajnabi) dengan sesuatu tindakan entum tersebut. Sebagai seorang sahabat (sekiranya entum merasakan ana adalah sahabat, maka inilah nasihat yang ana titipkan, yang lahir tulus dari hati sanubari ana). Maafkan ana, seandainya tidak mampu menasihati dan mengungkapkannya secara berhadapan. Maka, benarlah bahawa islam itu sangat mencemburui kaum wanita..

Peganglah kata-kata ana ini "Menghindari lebih baik daripada mengubati". Maka, adalah lebih baik entum delete gambar entum atau sebarang gambar yang boleh mendatangkan pujian muslimin kepada 'peribadi' entum. Adalah lebih baik kita meletakkan gambar yang boleh mendatangkan pujian kepada islam dan keindahannya, daripada gambar yang mendatangkan pujian kepada diri sendiri. Kerana, kadang kala pujian tersebut boleh memakan diri, tanpa disedari. 

Alhamdulillah, lega rasanya apabila telah melaksanakan amanah Allah ini. Maka, terpulang kepada entum sama ada ingin meneruskan ataupun, ingin delete gambar tersebut...


Akhir kata dari ana,
Agama itu adalah nasihat..
Dan kadang kala nasihat itu boleh jadi ia berupa gula, ataupun ubat..
Nasihat yang berupa gula akan mengukirkan manisnya di hati mad'u..
Manakala, nasihat yang berupa ubat akan mengukirkan pahitnya di hati mad'u..

Dan, ia adalah bukan sesuatu yang mustahil..
Sekiranya nasihat daripada seseorang itu ditolak..
Kerana sedangkan Rasulullah sendiri berpenat lelah berdakwah dan menasihati umat baginda..
Itu Rasulullah, yang merupakan seorang rasul yang telah dijanjikan syurga buat baginda..
Baginda sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan halangan semasa berdakwah..
Kerana apa dakwah baginda yang mulia ditolak..?
Hanya kerana baginda mahu menasihati kaumnya agar mengikut syariat Allah.. 

Maka, tidak hairanlah ana katakan di sini, 
Sekiranya terdapat muslimah yang rasa tertolak dan sukar menerima nasihat yang cuba ana sampaikan ini, nasihat yang tulus daripada hati seorang muslimah dan juga seorang niqabi yang biasa  yang terlalu jauh bandingnya dengan peribadi baginda rasulullah S.A.W.
Hanya sekadar nasihat daripada seorang muslimah yang inginkan berlakunya perubahan kepada wanita yang beragama Islam, tidak kiralah sahabat yang mengenali diri ini, mahupun sahabat ana di alam maya ini.. 

Ana rela dibenci manusia,
hanya kerana meyampaikan nasihat..
dan hanya berniat perbetulkan cara dalam kita membawa imej islam..
Kerana matlamat tidak semestinya dapat menghalalkan cara..
Tetapi, cara boleh menghalalkan matlamat seseorang..
Sekiranya berobjektifkan matlamat yang benar-benar tidak bercanggah syariat..

Renung-renungkanlah..  
Dan bersama kita mencari mardhotillah..
Nafsu dalam diri yang inginkan kepujian manusia perlulah dikawal sebaiknya..
Kerana kita yang mengawal ia..

Wallahu'lam...




Thursday 24 May 2012

Awasilah daku ya Allah !!



بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Lamanya tak update blog, hmmm..
Entri yang agak lama jugak dlm draftku

Di kala diri bermuhasabah..
Ya Allah !! Apa dah jadi dengan dirini.... ??
Siapa diriku dulu? Dan siapa diriku sekarang?
Waktu telah mengubah segalanya, dengan keizinan dari Mu. 

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya, yaa Rabb.
Semoga pengorbanan yang ku lakukan harini, ada nilainya di mata Mu.
Semuanya kerana waqi' ku hari ini yang menginginkan perubahan berlaku padaku.


Ikutkan hati, mahu saja ku berpegang pada prinsip diri, yang selama ini ku genggam ibarat ikan tawar yang berada di air yang masin, isinya tetap juga tawar, walaupun berada di laut yang masin bertahun-tahun lamanya. Subhanallah ! Indahnya alam ciptaan Mu..

Jika dulu, segan berhadapan dengan yang namanya 'lelaki'
(lebih-lebih lagi yang langsung tidak dikenali) ...
Jika dulu, sanggup tidak kenyang semasa minggu orientasi kerana malu menyuapkan nasi ke mulutku, dek kerna diarah menjamah makanan di tempat yg berdekatan lelaki..
Jika dulu, melangkah tertunduk malu di hadapan lelaki..
Jika dulu, menjaga pandangan dgn rijal..
(terutamanya rijal yang berfikrah)..

Tetapi hari ini..
Ia semakin berkurangan..
Kerana telah 'ramai' lelaki yang ku kenali hari ini.. :(
Bagaimana berlakunya proses pengenalan tersebut?
Kenalan yang agak terpaksa, untuk melancarkan segala urusan..
Sama ada dari segi pembelajaran, gerak kerja mahupun muamalat..
Apabila dikenang semula, rasa malu dalam diri ':(

Tapi, hari semakin hari, 
Rasa malu itu sepertinya kian hilang..
Kerana fikiran dan hati ini telah ku setkan to bear in mind..
"Sahaja aku berurusan dengan lelaki ini kerana urusan kerja"
Maka, secara automatik semua langkahku diaturkan untuk melancarkan kerja tersebut
Jika wujud senyumanku kepadanya..
Demi menjalinkan ukhwah yang seharusnya terjalin Lillahi Ta'ala insyaallah

Kadang rasa semakin tipis perasaan malu dalam diri..
Apabila kerap berhubung dengan lelaki.. 

Kadang pula merasakan diri wajib jadi berani..
Wajib jadi wanita islam yang aktif, yang berani suarakan pendapat dan sebagainya..
Semuanya dirasakan wajib dilakukan apabila diri membawa nama islam..
Maka, malu itu ku buang untuk mengangkat sedikit sifat berani dalam diri..
Betul kata kak Mas, sekali seseorang itu bangun memberanikan dirinya, satu tembok takut, gemuruh dan gentar telah pun berjaya diruntuhkan.

Bukan bermakna, kini aku sudah membuang seluruh sifat malu dalam diri..
Tetapi sekadar membuang secebis daripadanya sahaja, agar aku dapat bertindak lebih profesional, dalam berhadapan dengan persekitaranku hari ini..

Ya Allah !!
Haruskah dikorbankan ??


Mudah-mudahan Allah sentiasa mengawasi gerak-geriku..
Walau bagaimanapun, aku harus hadapi normaliti ini..
Aku harus hadapi semua ini untuk melancarkan gerak kerja islam.. 
Kerana ini juga adalah normaliti yang ditempuhi oleh semua muslimat yg belajar di pusat pengajian yang bercampur lelaki dan perempuannya..
Insyaallah, selagi diri ini mampu menjaga batas-batasnya..

Allah..Allah..
Yang mana satukah haq ?
Dan yang mana satukah batil ?

Selagimana jahiliyyah tidak diruntuhkan..
Selagi itulah islam tidak dapat ditegakkan seluruhnya di bumi Allah !!
~Inqilabiyah~

Semoga aku sentiasa dipeliharaNya
Semoga Dia sudi hadirkan insan2 yang dihantar sebagai posmenNya utk menegurku..
Di kala aku terlalai dengan ujianNya. amin..

Allahu Akbar...




Friday 11 May 2012

♥~ Hukum Berniqab ~♥




بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Soalan : 

Apakah hukum berpurdah bagi muslimat dan keperluan bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? Harap dapat jelaskan... Terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawapan :

Wa'alaikumussalam.

Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulama'. Pertama sekalian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah, manakala pendapat kedua pula sekalian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib ditutup.

Pendapat pertama adalah ulama'-ulama' mazhab Hanafi dan Maliki. Dan pendapat kedua pula ialah ulama'-ulama' mazhab Syafie dan Hambali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar-besar fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil-dalil yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di situ boleh kita lihat kesemua dalil-dalil dari Al-Qur'an dan Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang-orang yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

wallahua'lam

~ Ustaz Azhar Idrus




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...