Pages

Friday, 11 May 2012

♥~ Hukum Berniqab ~♥




بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم




Soalan : 

Apakah hukum berpurdah bagi muslimat dan keperluan bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? Harap dapat jelaskan... Terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawapan :

Wa'alaikumussalam.

Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulama'. Pertama sekalian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah, manakala pendapat kedua pula sekalian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib ditutup.

Pendapat pertama adalah ulama'-ulama' mazhab Hanafi dan Maliki. Dan pendapat kedua pula ialah ulama'-ulama' mazhab Syafie dan Hambali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar-besar fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil-dalil yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di situ boleh kita lihat kesemua dalil-dalil dari Al-Qur'an dan Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang-orang yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

wallahua'lam

~ Ustaz Azhar Idrus




4 comments:

  1. syukran ya ukhti..dalam bab FIQH, qaul (pendapat) bhw aurat perempuan dgn ajnabi (semua anggota badan kecuali mula dan tapak tangan) adalah qaul yg dhaif dari ulama mazhab Shafie..yg mana ianya adalah khilaf.. dan qaul yg muktamad dr mazhab Shafie adalah (aurat wanita itu seluruh tubuh)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. afwan waad :)
      betul ap yg enti kata tu..ramai hari ini memegang dan mengamalkan qaul yg dhoif..

      Delete
  2. benar yaa ukhti Wa'ad..dharuskn membuka muka bg seorg nisa' itu, jika tdk menimbulkn fitnh..tp kita skrg memg berada d zmn fitnh akhir zaman..klau kita mampu brpegang dan beramal dgn qaul muktmd, itu adalh lbih afdhal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana setuju..kita sama pendapat.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...